Skip to main content

Unit Risikan Adamas Pastikan Semua Terlibat Dadah Terima Hukuman

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) dijangka menubuhkan unit risikannya sendiri bagi memastikan kesemua pihak yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam sukan menerima hukuman masing-masing.

Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata ketika ini siasatan yang dilakukan oleh Adamas terhadap atlet yang terlibat hanya bersifat seperti temuramah sahaja, yang berdasarkan laporan dari persatuan sukan dan sampel dari makmal.

"Amalan ini menyebabkan hanya atlet terbabit menerima hukuman tetapi pihak lain yang terlibat membekalkan dadah itu, terlepas daripada hukuman," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Dr Ramlan sebelum ini berada di New Delhi, India bagi menghadiri seminar antara-kerajaan Asia mengenai anti-doping, yang berlangsung selama dua hari, bermula pada Isnin.

Seramai 53 peserta daripada 25 negara Asia hadir pada seminar itu termasuk empat negara yang menjadi anggota jawatankuasa Agensi Anti Doping Dunia (WADA) iaitu Jepun, China, Jordan dan Malaysia.

Penubuhan Unit Risikan itu membolehkan anggotanya mengenal pasti semua pihak yang bertanggungjawab dalam penyalahgunaan dadah sama ada jurulatih, anggota keluarga atau pihak lain di sekeliling atlet tersebut, katanya.

Dr Ramlan berkata bagi rantau Asia dan Ocenia, Australia merupakan perintis kepada Unit Risikan anti-doping dan selepas tiga tahun ditubuhkan, unit itu berjaya menjejaki pihak sebenar yang membekalkan dadah kepada atlet negara tersebut.

Beliau berkata di Australia, bagi setiap siasatan mengenai penyalahgunaan dadah di kalangan atlet, agensi anti-doping di negara itu akan membuka kertas siasatan dan adakalanya sesuatu siasatan mengambil masa sehingga dua tahun bagi memastikan setiap pihak yang terlibat akan menerima hukuman.

Beliau bagaimanapun berkata jawatankuasa Adamas yang dipengerusikan oleh timbalan presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Dr M.Jegathesan perlu terlebih dahulu berbincang dengan pihak lain yang terlibat dalam pencegahan penyalahgunaan dadah seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi memastikan fungsi kedua-dua badan itu tidak bertindih.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...