Skip to main content

4 curi tumpuan hari terakhir


Rayzamshah Wan Sofian meraikan kemenangannya dalam acara 110m lari berpagar pada hari terakhir olahraga Sukma XIII di Stadium Hang Jebat, Melaka semalam. - BERNAMA

MELAKA - Nurul Sarah Kadir melengkapkan kecemerlangannya pada Sukan Malaysia (Sukma) XIII apabila merangkul emas ketiga dalam 200 meter wanita, namun tumpuan hari terakhir olahraga semalam pastinya kepada Melinda Kaur yang memecah rekod kebangsaan.


Turut mencuri tumpuan di Stadium Hang Jebat, Rahila Othman dan atlet tuan rumah, J. Khartik yang masing-masing meraih emas bersama mencipta rekod baru temasya.


Nurul Sarah yang masih segar dengan gelaran Ratu Pecut Sukma selepas menjuarai acara 100m, menambah koleksi emas peribadi apabila menjuarai acara 200m dengan masa 24.68s. Kelmarin, dia membantu Melaka menjuarai acara 4x100m.


Terdahulu, atlet Pulau Pinang, Melinda menutup tirai olahraga dengan rekod 3,000m lari berhalangan kebangsaan menerusi 10:55.31s, memadam rekod lama, 11:04.14s.
Atlet Johor, Rahila pula memperbaiki rekod temasya dalam lontar peluru wanita - 13.93 meter. Rekod lama, 12.74m milik Asrenny Asik dari Sabah.


Karthik membanggakan tuan rumah dalam acara 3,000m lari berhalangan lelaki apabila mencatat rekod baru temasya, 9.20.25s, mengatasi catatan lama, 9:24.06s milik S. Vikkram dari Perak pada 2006.
Emas 200m lelaki pula milik Ahmad Fakhri Ismail dari Kelantan dengan masa 1.64s.


Pemenang pingat emas Sukan SEA 2007, Rayzamshah Sofian dari Sabah membuktikan kejaguhannya dalam 110m lari berpagar lelaki dengan muncul juara menerusi 14.25s.
Acara 100m lari berpagar wanita milik pelari Selangor, Raja Nursheena Raja Jaafar meraih emas dengan kepantasan, 14.32s.


Sehari sebelum melabuhkan tirai, Terengganu unggul mengatasi negeri lain dalam pungutan pingat emas keseluruhan selepas mengumpul 42 emas, meninggalkan Wilayah Persekutuan kedua (40), diikuti Selangor (35), Kedah (34) dan Johor (33).



UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...