Skip to main content

Atlet muda unggul


AHMAD SHABERY melancarkan majlis Detik 100 hari menjelang Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2010 di Bukit Jalil semalam.


KEJAYAAN atlet-atlet program Majlis Sukan Negara (MSN) meraih 279 pingat emas daripada 434 emas ditawarkan pada Sukan Malaysia (Sukma) XIII di Melaka membukti- kan Malaysia tidak ketandusan atlet muda berwibawa.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, dari- pada 279 pingat emas itu, 87 diraih atlet pelapis kebangsaan, sementara 192 dimiliki atlet elit.

"Jumlah keseluruhan atlet pelapis dan elit di bawah program Majlis Sukan Negara (MSN) yang beraksi pada Sukma Melaka ialah 1,723 dari- pada 6,500 keseluruhan atlet yang mengambil bahagian.

"Sebanyak 14 rekod kebangsaan dan 87 rekod Sukma berjaya dipecah- kan di Melaka dan kesemua rekod-rekod ini dicatatkan oleh atlet Program Pelapis dan Elit MSN," katanya semalam.

Terdahulu, Ahmad Shabery melancarkan majlis Detik 100 hari menjelang Sukan Komanwel 2010 yang akan berlangsung di New Delhi, India (3 hingga 14 Oktober) dan Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China dari 13 hingga 21 November.

Beliau berkata, kejayaan Sukma XIII yang berlangsung dari 10 Jun dan berakhir Sabtu lepas, meletakkan tanda aras baru daripada segi rekod kebangsaan dan rekod temasya yang berjaya dipecahkan.

Pada edisi 2002 di Sabah, hanya tujuh rekod kebangsaan dan 62 rekod Sukma dipecahkan dan di Negeri Sembilan pada 2004, sebanyak sembilan rekod kebangsaan dan 49 rekod temasya dipecahkan.

Edisi 2006 di Kedah menyaksikan hanya dua rekod kebangsaan dan 38 rekod Sukma dipecahkan dan di Terengganu, dua tahun lalu, tujuh rekod kebangsaan dan 54 rekod temasya dipecahkan.

"Berdasarkan statistik, program yang telah dijalankan oleh MSN tampak berada di landasan yang betul. Malaysia dijangka tidak bermasalah untuk mencari pelapis yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa," katanya.

Dari segi pungutan pingat antara negeri-negeri, Ahmad Shabery berkata, kutipan pingat Sukma XIII dilihat lebih seimbang dan tidak didominasi negeri tertentu manakala prestasi atlet di negeri-negeri sema- kin meningkat dan saingan ini baik bagi masa depan sukan negara.

Ahmad Shabery memberi contoh Terengganu yang berjaya mempertahankan kejuaraan di Melaka. Walaupun kekal juara, Terengganu hanya memungut 47 emas sahaja berbanding 61 emas semasa menjadi tuan rumah temasya 2008.


Kosmo

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...