Skip to main content

Badminton: Apa Langkah Seterusnya Buat Koo Dan Tan?

Daripada Dan Guen Chin

SINGAPURA, 17 Jun (Bernama) -- Koo Kien Keat/Tan Boon Heong, pilihan nombor satu, tewas di Terbuka Li Ning Singapura dan persoalannya sekarang ialah betapa regu itu mampu menampilkan diri di pentas hadapan badminton dunia.

Prestasi pasangan Malaysia itu tidak begitu menarik, dengan mudah ditundukkan oleh regu Korea Selatan Ko Sung Hyun/Yoo Yeon Seong 19-21, 13-21 pada pusingan kedua regu lelaki dan ini menimbulkan banyak persoalan.

Ke mana perginya semangat juang mereka? Mereka dikalahkan dengan mudah khusus ketara pada game kedua.

Ketika mereka akhir sekali bertemu di perlawanan akhir Terbuka Swiss pada Mac, jurang mata tidaklah begitu ketara walaupun Korea menang 21-16, 21-18.

"Saya akui Koo dan Tan tidak dapat menyaingi kepantasan pemain Korea hari ini dan mereka perlu banyak bekerja keras oleh kerana Kejohanan Dunia semakin hampir," kata jurulatih regu kebangsaan Rexy Mainaky.

Tapi, walapun Koo dan Tan tewas, satu lagi regu Malaysia, Gan Teik Chai/Tan Bin Shen mara ke lapan terakhir dengan kemenangan 23-21, 21-16 ke atas pemain Indonesia Muhammad Ahsan dan Bona Septan.

Pasangan no 15 dunia itu, akan menentang regu yang menewaskan Tan dan Koo dalam lapan terakhir, esok dan bagi Teik Chai, Terbuka Singapura membawa kenangan manis untuknya.

"Dua tahun lepas saya mara ke separuh akhir dengan Woon Lin Fui tetapi tewas kepada Zakry Latiff dan Fairuzizuan Tazari. Saya punya rakan lain sekarang tetapi matalamat saya masih sama, untuk mara ke peringkat akhir sekurang-kurangnya.

Cabaran perseorangan Malaysia, selain pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei, berakhir hari ini dengan kekalahan Hafiz Hashim kepada pemain Belanda Dicky Palyama 8-21, 13-21 pada pusingan kedua mereka dan kekalahan Wong Choon Hann kepada pemain Vietnam Nguyen Tien Minh 5-21, 16-21 pada perlawanan pusingan pembukaan yang tertangguh.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...