Skip to main content

BAM perlu perjelas konflik dalaman

Bagi jawab dakwaan salah urus pentadbiran

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) perlu menjelaskan konflik dalamannya dan membenarkan ia disiasat jika benar persembahan skuad negara di Piala Thomas baru-baru ini berkaitan dengan salah urus pentadbiran badan itu.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata kemelut dalaman itu perlu diselesaikan segera supaya dapat menjawab persoalan semua pihak yang tidak berpuas hati terutama selepas persembahan buruk skuad negara pada Piala Thomas, bulan lalu

BAM adalah organisasi yang dilihat sebahagian daripada sukan dan bukannya dengan ‘pecat orang ini, orang itu (seperti yang dituntut sesetengah pihak)’,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen bola jaring remaja kebangsaan yang akan ke Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia Ke-7, di Bukit Jalil, semalam.

Kenyataannya itu, merujuk kepada tindakan badan bukan kerajaan (NGO), yang menuntut supaya barisan kepimpinan BAM meletakkan jawatan akibat kegagalan di Piala Thomas.

Mengenai siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas BAM, Shabery berkata tindakan itu diambil hasil laporan dibuat badan induk kebangsaan itu sendiri.

“BAM sendiri meminta supaya SPRM menyiasat diri mereka dan ini menunjukkan unsur ketelusan yang ditunjukkan oleh kakitangan dan pegawai mereka,” katanya.
Krisis dalaman BAM bermula apabila Presidennya, Datuk Nadzmi Salleh memecat bekas Setiausaha Agungnya, P Ganga Rao, 12 April lalu yang dikatakan bermula daripada isu penajaan membabitkan Proton dengan syarikat insurans, ING.

Terdahulu, pada majlis itu, Shabery membayangkan insentif bakal menanti pemain bola jaring remaja kebangsaan dalam usaha mereka memburu kejuaraan kali keempat berturut-turut pada Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia ketujuh yang berlangsung di New Delhi, India pada 3 hingga 10 Julai.

“Tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh bagi buah tangan kepada mereka selepas sekali lagi menjadi juara. Kalau Sukma pun ada negeri yang boleh bagi insentif, kenapa tidak kita bagi kepada mereka yang sudah mengharumkan nama negara,” katanya.



BHARIAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...