Skip to main content

Chong Wei, 4 beregu mara


Koo Kien Keat (kiri) dan Tan Boon Heong mengetuai kemaraan empat beregu Malaysia pada pusingan pertama Terbuka Indonesia di Istora Senayan, Jakarta semalam.


KUALA LUMPUR – Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei mengetepikan masalah kecederaan lutut kiri untuk menyingkirkan pemain Indonesia, Dyonisius Hayom Rumbaka dan mara ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Indonesia, semalam.
Kemaraan Chong Wei, yang memburu kejuaraan hatrik pada kejohanan Siri Super itu turut diikuti perseorangan veteran, Wong Choong Hann serta empat beregu lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah, Gan Teik Chai-Tan Bin shen dan Chow Pak Chuu-Hong CHien Hun.


Selepas dipaksa berhempas pulas untuk menyingkirkan Dyonisius pada pertemuan pertama mereka di Terbuka Singapura, minggu lalu, Chong Wei tidak menghadapi masalah di Istora Senayan apabila menang mudah 21-10, 21-14 dalam masa 31 minit.


Kemenangan dalam masa 31 minit itu akan menemukannya dengan pemain Jerman, Marc Zwiebler hari ini.
“Walaupun terasa sakit, saya tidak terlepas latihan. Saya mungkin bukan pada tahap yang terbaik tetapi saya akan terus mencuba,’’ kata juara All England itu.


Sementara itu, Choong Hann dipaksa berhempas pulas ketika menundukkan pemain tuan rumah, Yunus Alamsyah 20-22, 21-19, 21-17 bagi menempah pertemuan dengan Shon Wan Ho dari Korea Selatan.
Dalam saingan beregu, Kien Keat-Boon Heong tidak menghadapi masalah menjinakkan beregu tuan rumah, Chandra Wijaya-Luluk Hadiyanto 21-15, 21-15, kemenangan yang akan menemukan mereka dengan Liao Min Chun-Wu Chun Wei dari Taiwan.


Beregu muda Malaysia, Pak Chuu-Chien Hun mempamer aksi cemerlang selepas menewaskan pasangan Thailand, Songphon Anugritayawon-Sudket Prapakamol 21-14, 21-15.


Pasangan bebas, Teik Chai-Bin Shen pula menempah pertemuan dengan beregu tuan rumah, Muhammad Ahsan-Bona Septano selepas menundukkan gandingan dari New Zealand, Oliver Leidon-Davis-Henry Tam 21-13, 21-10.


Terdahulu, Ahsan-Septana mara selepas menyingkirkan seorang lagi beregu negara, Hoon Thien How-Ong Soon Hock 21-14, 23-25, 21-15.


Cabaran beregu senior negara, Tan Fook-Wan Wah diteruskan dengan menyingkirkan beregu England, Chris Adcock-Robert Blair 21-15, 21-14.



Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...