Skip to main content

'Jangan cabar kami'

“SAYA beri amaran pada Nadzmi, jangan cabar kami. Jangan anggap kami berdiam diri kerana mengalah. Kami akan terus desak Nadzmi meletak jawatan,” demikian amaran yang dilaungkan Ketua Gerakan Transformasi Badminton (GTB), Mohd Arafat Muhammad. Amaran itu hadir rentetan daripada penyerahan memorandum Gabungan Badan NGO Malaysia kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) 25 Mei lalu yang mahu presiden persatuan itu, Datuk Mohd Nadzmi Salleh bersama semua ahli jawatankuasa meletak jawatan dalam kepentingan masa depan badminton negara.

Arafat yang juga Setiausaha Pusat Dua Gabungan Badan NGO Malaysia berkata, penubuhan GTB adalah bukti komitmen mereka yang benar-benar mahukan perubahan dalam BAM.

“Kami tidak akan berhenti mendesak BAM membubarkan jawatankuasa sedia ada kerana kami mahukan kepimpinan baru yang boleh mencorak suasana badminton negara dengan cara lebih segar dan pendekatan lebih pragmatik,” kata Arafat yang menegaskan pihaknya akan menganjurkan perhimpunan lebih besar dan menjelajah ke seluruh negara.

“Kami akan mengumpul tandatangan peminat badminton di seluruh negara dan serahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama memorandum menuntut perubahan kepemimpinan BAM. Ini janji kami,” kata Arafat dalam sidang media yang diadakan di Restoran Rebung, Bangsar semalam.







Turut serta dalam sidang media itu adalah ahli jawatankuasa GTB, Harun Jaafar (wakil masyarakat), Shahlan Tajudin (wakil artis dan karyawan), Shahrul Ekhsan Osman (Penasihat Sekretariat Belia 1 Malaysia)) dan Salmah Mohamad (Pengerusi Pertubuhan Anak Warikh).

Dalam pada itu, Harun yang mewakili peminat badminton tanah air berkata tindakan BAM mengesyaki ada dalang di sebalik gerakan transformasi tidak sewajarnya ditimbulkan.

Menurut beliau, mereka tidak ditaja mana-mana pihak malah melakukan desakan atas rasa cinta pada sukan badminton.

“Sepatutnya dakwaan wujudnya dalang di sebalik gesaan kami ini tidak timbul kerana jika benar pengurusan BAM bertanggungjawab, mereka perlu memikul tanggungjawab itu. Mengapa perlu berdalih jika sudah terbukti kepimpinan yang sudah lama menaungi BAM gagal menghasilkan lebih ramai pemain berkualiti untuk mewakili negara,” kata Harun.

Mungkin mengesyaki ada dalang di sebalik perhimpunan yang dilakukan Badan NGO di pejabat BAM Mei lalu juga membuatkan ada pihak meminta pihak tertentu membuat siasatan.

Hal itu diakui Arafat yang mendapat maklumat daripada kakitangan pejabatnya memberitahu ada pihak cuba menyiasat hingga ke pejabat Badan NGO di Putrajaya.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...