Skip to main content

Janji palsu Melaka


J. KARTHI menceriakan kontinjen Melaka selepas ditabalkan sebagai olahragawan Sukma XIII dengan mencatat rekod baru kebangsaan dalam acara 3,000 berhalangan.


MELAKA - Sukan Malaysia (Sukma) XIII melabuhkan tirainya, Sabtu lalu dengan pujian perlu diberikan kepada tuan rumah di atas penganjuran yang berjaya mencerminkan peningkatan imej dan pencapaian atlet.


Sebanyak 10 rekod kebangsaan dan 90 rekod kejohanan berjaya dicipta cukup mengkagumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan upacara penutup dalam suasana gilang-gemilang dan warna-warni di Stadium Hang Jebat.
Sebaik obor kejohanan dipadamkan tepat pada pukul 11.00 malam, bermakna berakhir sudah temasya sukan selama 13 hari di Melaka yang meninggalkan banyak kenangan suka dukanya.


Dengan lebih 15,000 atlet, jurulatih, pegawai dan sukarelawan berkampung di Melaka sepanjang temasya ini, kemeriahan jelas begitu terasa sehinggalah berakhir acara penutup yang penuh warna-warni.
Selepas 33 acara dipertandingkan pada Sukma kali ini iaitu yang terbanyak dalam sejarah temasya itu mula diperkenalkan pada 1986, Terengganu diumum sebagai juara keseluruhan buat kali kedua berturut-turut selepas memungut 47 emas, mengatasi saingan terdekat Selangor dan Wilayah Persekutuan apabila masing-masing memperoleh 43 emas.


Buat tuan rumah Melaka sekadar berbangga menjadi tuan rumah yang berjaya tanpa ada kekecohan serius berlaku di beberapa gelanggang.
Sebagai tuan rumah, Melaka sekadar muncul 'juara' untuk tempoh tiga hari, berterima kasih kepada acara wushu yang menyumbangkan lapan pingat emas dan olahraga pula enam pingat, selebihnya atlet-atlet tuan rumah kempunan untuk menunaikan hajat sasaran 60 pingat itu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dalam ucapan perasmian penutup tidak segan untuk menyatakan, Melaka juara untuk tiga hari.


Ia pula disambut oleh Perdana Menteri pada ucapannya selepas itu berkata: ''Saya ucap tahniah kepada Melaka menjadi johan selama tiga hari, saya tidak tahu apa yang terjadi kepada hari keempat tetapi sekurang-kurangnya Melaka dapat menjadi johan selama tiga hari."
Itu sebenarnya merupakan sindiran bersahaja Ketua Menteri terhadap persatuan sukan yang tidak menepati janji.


Keseluruhannya, Melaka sekadar menduduki tangga ketujuh daripada 15 pasukan yang bertanding apabila meraih 32 emas, 31 perak dan 28 gangsa. Pencapaian yang boleh dianggap terbaik sepanjang tempoh 24 tahun temasya itu diadakan.


Mujurlah, maruah Melaka selaku tuan rumah diselamatkan apabila atlet olahraganya, J. Khartik diumum sebagai Olahragawan Sukma XIII.
Gelaran Olahragawati pula menjadi milik perenang Wilayah Persekutuan, Chan Kah Yan.
Memang sudah dijangkakan Melaka tidak mampu menuai 60 emas seperti yang disasarkan, ia cuma janji manis yang diberikan persatuan sukan kepada seluruh rakyat negeri ini.


Sebaliknya, Mohd. Ali diberikan janji-janji palsu oleh beberapa persatuan sukan pada pertemuan di Seri Negeri sebelum temasya berlangsung yang kononnya mereka mempunyai kekuatan untuk menjanjikan kilauan emas.
Bagi Ketua Menteri, beliau menunaikan apa sahaja yang diminta oleh persatuan sukan terbabit sama ada dari segi elaun atlet mau pun kelengkapan sukan yang tidak cukup semata-mata ingin memastikan tuan rumah mampu menempatkan diri antara tiga pasukan terbaik sekurang-kurangnya.


Bagi perahu layar Utusan Malaysia difahamkan timbul kekecohan apabila ada atlet berpengalaman bersama skuad kebangsaan diketepikan daripada senarai untuk mewakili Melaka hingga menyebabkan tiada sebutir emas mampu disumbangkan melainkan pingat perak.


Bagi temasya yang akan berlangsung di Pahang pada 2012, persatuan sukan di negeri ini perlu lebih realistik untuk mencapai sasaran pingat seperti kata pepatah "ukurlah baju dibadan sendiri".


Oleh AMRAN MULUP
pengarang@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...