Skip to main content

Kecoh bukan punca gagal

MELAKA - Persatuan Perahu Layar Melaka Bandaraya Bersejarah (PPBM) mengakui berlaku perselisihan faham di antara ibu bapa atlet dengan pengurusan persatuan sewaktu berlangsungnya Sukan Malaysia (Sukma) XIII yang berakhir Sabtu lalu.

Setiausaha PPBM, Ahmad Hambali berkata, masalah itu timbul kerana ada beberapa ibu bapa merasa tidak puas hati apabila anak mereka tidak terpilih mewakili Melaka dalam acara perahu layar yang berlangsung di Pusat Perahu Layar di Pengkalan Balak.

Ekoran daripada itu, ibu bapa atlet yang tidak terpilih telah menimbulkan kekecohan walaupun sudah dimaklumkan bahawa mengenai prosedur pemilihan atlet untuk mewakili Melaka adalah berdasarkan prestasi semasa dan rekod terkini.


"Ini sebenarnya yang terjadi. Masalah ini sebenarnya kecil tetapi ibu bapa atlet sengaja membesar- besarkan masalah ini seolah-olah ia menjadi punca atlet perahu layar sekadar meraih pingat perak di Sukma.
"Walaupun sudah dimaklumkan mengenai kriteria pemilihan tetapi ibu bapa atlet masih tidak faham dan mereka tetap mahu PPBM menyenaraikan anak mereka.
"Macam mana kita nak pilih kalau hanya lima atlet yang akan mewakili Melaka daripada senarai 20 pelayar," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai laporan akhbar Utusan kelmarin mengenai timbul kekecohan apabila ada atlet berpengalaman bersama skuad kebangsaan diketepikan dalam senarai mewakili negeri itu.
Mengulas lanjut Ahmad berkata, kegagalan Melaka menepati sasaran untuk menyumbang pingat emas dalam acara perahu layar bukan berpunca daripada kekecohan yang berlaku.

Sebaliknya kata beliau, antara faktor kegagalan pelayar Melaka yang diterajui atlet kebangsaan, Mohd. Khairul Ridzuan Ahmad Khambali untuk meraih pingat emas berpunca daripada kelewatan peralatan layar.
Beliau berkata, ekoran daripada kelewatan peralatan layar yang hanya tiba seminggu sebelum temasya dwi tahunan itu bermula menyebabkan pelayar Melaka tidak cukup menjalani latihan menghadapi temasya itu.
"Masalah kelewatan itu bukan berpunca daripada sekretariat Sukma tetapi kepada syarikat yang diberi tanggungjawab membeli peralatan tersebut," ujarnya.

Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...