Skip to main content

Kejayaan Sukma Bukti Malaysia Tidak Ketandusan Atlet Pelapis, Kata Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kejayaan atlet-atlet program Majlis Sukan Negara (MSN) meraih 279 pingat emas daripada 434 emas ditawarkan semasa Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka membuktikan Malaysia tidak ketandusan atlet muda, yang berpotensi untuk cemerlang di peringkat antarabangsa.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata daripada 279 pingat emas itu, 87 diraih atlet pelapis kebangsaan sementara 192 dimiliki atlet elit.

"Jumlah keseluruhan atlet Pelapis dan Elit di bawah program Majlis Sukan Negara (MSN) yang beraksi di Sukma Melaka ialah 1,723 daripada 6,500 keseluruhan atlet yang mengambil bahagian.

"Sebanyak 14 rekod kebangsaan dan 87 rekod Sukma berjaya dipecahkan di Melaka dan kesemua rekod-rekod ini dicatatkan oleh atlet Program Pelapis dan Elit MSN," katanya kepada pemberita, di sini Khamis.

Terdahulu, Ahmad Shabery melancarkan majlis Detik 100 hari menjelang Sukan Komanwel di New Delhi, India yang akan berlangsung dari 3 hingga 14 Okt dan Sukan Asia di Guangzhou, China dari 13 hingga 21 Nov.

Beliau berkata kejayaan Sukma ke-13, yang berlangsung dari 10 Jun dan berakhir Sabtu lepas, meletakkan tanda aras baru daripada segi rekod kebangsaan dan rekod temasya yang berjaya dipecahkan.

Pada edisi 2002 di Sabah, hanya tujuh rekod kebangsaan dan 62 rekod Sukma dipecahkan dan di Negeri Sembilan pada 2004, sebanyak sembilan rekod kebangsaan dan 49 rekod temasya dipecahkan.

Edisi 2006 di Kedah menyaksikan hanya dua rekod kebangsaan dan 38 rekod Sukma dipecahkan dan di Terengganu, dua tahun lalu, tujuh rekod kebangsaan dan 54 rekod temasya dipecahkan.

"Berdasarkan statistik, program yang dijalankan oleh MSN tampak berada di landasan betul dan Malaysia dijangka tidak bermasalah untuk mencari pelapis yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa," katanya.

Daripada segi pungutan pingat antara negeri-negeri, katanya kutipan pingat Sukma Melaka dilihat lebih seimbang dan tidak didominasi negeri tertentu manakala prestasi atlet di negeri-negeri semakin meningkat dan saingan ini baik bagi masa depan sukan negara.

Ahmad Shabery memberi contoh Terengganu, yang mempertahankan kejuaraan di Melaka, hanya memungut 47 emas sahaja berbanding 61 emas semasa menjadi tuan rumah temasya itu dua tahun lepas.



-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...