Skip to main content

Kejohanan Bola Jaring Lelaki Di Stadium Juara 3-4 Julai

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Bola jaring begitu sinonim dengan kaum wanita tetapi kaum lelaki kini boleh menguji kebolehan mereka bermain sukan itu pada kejohanan anjuran Kompleks Sukan Negara yang akan diadakan di Stadium Juara, Bukit Kiara dari 3 hingga 4 Julai.

Pengurus Pembangunan dan Pengurusan Acara Kompleks Sukan Negara, Mohd Zulqarnain Muhammad berkata sehingga kini 10 pasukan lelaki mendaftar untuk menyertai kejohanan, yang turut mempertandingkan acara bola jaring bagi wanita terbuka dan remaja perempuan di bawah 15 tahun.

"Sambutan daripada pasukan lelaki untuk bermain bola jaring amat menggalakkan dan sehingga kini hanya tinggal lima kekosongan bagi pasukan lelaki," katanya kepada pemberita, di sini hari Khamis.

Mohd Zulqarnain berkata selain acara itu, tarikan bagi kejohanan itu adalah acara gusti lengan bagi lelaki dan wanita.

"Kompleks Sukan Negara berharap lebih ramai wanita menyertai acara ini kerana pada tahun lepas, hanya tiga wanita menyertainya," katanya.

Hadiah wang tunai keseluruhan yang ditawarkan bagi kedua-dua acara adalah RM11,000 dengan johan bagi setiap kategori acara bola jaring akan menerima RM1,000. Pemenang acara gusti lengan akan menerima RM300.

Orang ramai yang berminat menyertai kejohanan itu boleh menghubungi Unit Pembangunan Acara Kompleks Sukan Negara di talian 03-89920888 atau melayari laman web KSN di www.stadium.gov.my.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...