Skip to main content

Malaysia buru emas dunia


Barisan pemain yang akan membawa cabaran Malaysia pada Kejohanan Remaja Dunia di Helsinki, Finland. Tiada dalam gambar Siti Safiyah Abdul Rahman dan Fatin Syazliana dan Yusuf Abdul Raof.


KUALA LUMPUR - Malaysia membariskan pasukan mantap, diketuai juara Ranking Masters Dunia, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman untuk turun mempertahankan kejuaraan keseluruhan pada Kejohanan Boling Remaja Dunia di Tali Bowlat Helsinki, 23 Julai hingga 2 Ogos ini.

Selepas mengharungi dua kejohanan terakhir dengan cemerlang, pasukan negara meletakkan harapan tinggi untuk mengulangi pencapaian itu.

Pada Kejohanan 2006 di Berlin, kita pulang bersama empat pingat emas, satu perak dan tiga gangsa, manakala pada kejohanan 2008 di Orlando, Amerika Syarikat Malaysia meraih dua emas dan satu gangsa.

"Kami mengharapkan satu lagi keputusan yang baik pada kejohanan di Helsinki kali ini,'' kata pengurus pasukan, Cheah Ban Cheng.

Kejohanan Remaja Dunia adalah pertandingan bawah 21 tahun yang diadakan setiap dua tahun sekali.
Maksimum, empat peserta lelaki dan empat wanita mewakili setiap negara, merebut pingat emas dalam acara perseorangan, beregu, empat sepasukan, All Events dan Masters lelaki serta perempuan.

Selain Siti Safiyah, skuad perempuan Malaysia turut diperkuatkan oleh pemenang pingat emas Kejohanan Komanwel, Sin Li Jane, selain Fatin Syazliana Adi Nasution dan Jacqueline Jenelee Sijore, manakala Hee Kar Yen bertindak sebagai pemain simpanan.

Pasukan lelaki negara pula dibarisi oleh Aris Ardilla Santoshoh, Yusuf Abdul Raof, Syimir Abdul Razak, Khoo Beng Khai.

LELAKI: Aris Ardilla Santoshoh, Yusuf Abdul Raof, Syimir Abdul Razak, Khoo Beng Khai
PEREMPUAN: Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Sin Li Jane, Fatin Syazliana Adi Nasution, Jacqueline Jenelee Sijore, Hee Kar Yen (simpanan)



Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...