Skip to main content

No.12 dunia untuk ke Komanwel


PEMAIN-pemain negara yang akan memikul cabaran Malaysia pada Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia di New Delhi, India pada 3-10 Julai ini.


KUALA LUMPUR - Malaysia mampu kembali beraksi dalam acara bola jaring di Sukan Komanwel jika berjaya memperbaiki ranking dunia dari kedudukan 16 ketika ini, ke tangga 12 dalam tempoh empat dari sekarang.

Dan, demi menjayakan sasaran itu, Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) memerlukan bukan sahaja pemain berbakat bertubuh tinggi lampai, bahkan memiliki pergerakan lincah dan berdaya saing.
Presiden PBJM, Suraya Yaacob berkata, pasukan bola jaring negara ketika ini sedang berusaha memperbaiki ranking secara berperingkat.

"Saya harap kita boleh memperbaiki kedudukan sekurang-kurangnya dua anak tangga apabila beraksi pada Kejohanan Dunia di Singapura, tahun depan.

"Kita memerlukan lebih ramai pemain tinggi kerana ia satu kelebihan, dan buat masa ini, yang tertinggi dalam pasukan hanyalah 1.79 hingga 1.85 meter," katanya pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada skuad negara di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, semalam.

Hadir menyerahkannya menjelang penyertaan mereka pada Kejohanan Remaja Asia Ketujuh di New Delhi, India pada 3 hingga 10 Julai ini ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Kata Suraya, skuad remaja ke New Delhi ini diyakini mampu mengorak langkah awal Malaysia ke arah mencapai sasaran ranking dunia dengan mempertahankan gelaran yang dimenanginya sejak 2004 di Sri Lanka.

Mereka bergelar juara remaja Asia bagi dua edisi berturut-turut pada kejohanan anjuran Persekutuan Bola Jaring Asia (ANF) itu, masing-masing pada 2006 di India dan 2008 di Hong Kong.

Enam negara lain yang bertanding pada kejohanan dwitahunan di Stadium Thyagaraj, New Delhi ini ialah tuan rumah, Sri Lanka, Singapura, Thailand dan Hong Kong.

"Pencabar utama kita ialah Singapura tetapi saya percaya, mereka tidak sekuat skuad senior yang menggunakan khidmat pemain dari China yang diberikan kerakyatan dan setinggi 1.95m," katanya.



Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...