Skip to main content

Pencipta Rekod Kebangsaan Di Sukma Terima Insentif

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Skuad angkat berat menjadi penerima ganjaran tertinggi apabila memperoleh insentif keseluruhan berjumlah RM20,000 selepas memecahkan 10 rekod pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 di Melaka yang berakhir Sabtu lepas.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata kerajaan menerusi Majlis Sukan Negara buat julung kalinya memberikan insentif khas sebanyak RM2,000 kepada atlet bagi setiap rekod kebangsaan baru yang dicipta.

"Mudah-mudahan insentif ini akan menyemarakkan lagi semangat atlet untuk terus memburu kegemilangan," katanya ketika melancarkan Detik 100 Hari Cabaran 2010 Sukan Komanwel dan Sukan Asia di sini Khamis.

Antara penerima insentif tertinggi ialah atlet angkat berat bawah 85kg lelaki, Abdul Mubin Rahim, 19, yang menerima RM6,000 kerana berjaya memperbaharui tiga rekod kebangsaan.

Arisha Farra Erwin, 22, yang beraksi dalam acara 75kg wanita juga berjaya mencipta tiga rekod kebangsaan baru manakala atlet Johor, Tey Shan Fung bagi kategori melebihi 75kg wanita, memecah rekod kebangsaan acara snatch dan clean & jerk.

Atlet angkat berat bagi kategori bawah 62kg lelaki, Aricco Jumith juga antara penerima insentif apabila mengatasi rekod lamanya 152kg dalam acara clean & jerk dengan rekod barunya iaitu 153kg.

Antara pencipta rekod baru yang lain pada Sukma di Melaka ialah Chui Lai Kwan dalam acara renang, Melinder Kaur dan Adi Alifudin Hussein dalam acara olahraga dan juga pasukan kenu Terengganu (Noraishah Yahya, Nurul Farahim, Siti Rajiah Ali dan Nor Azlina Tajuddin).

Kesemua atlet yang memecahkan rekod kebangsaan terdiri daripada atlet dalam program Majlis Sukan Negara, kecuali pasukan kenu Terengganu.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...