Skip to main content

Prestasi atlet muda membanggakan


MILIK KAMI... Karthik (kanan) dan Kah Yan menunjukkan trofi yang dimenangi mereka selepas masing-masing ditabalkan selaku Olahragawan dan Olahragawati Sukma XIII.


SELEPAS hampir dua minggu berlangsung, tirai edisi ke-13 temasya Sukan Malaysia (Sukma) XIII dilabuhkan kelmarin dalam upacara penuh gilang-gemilang.

Temasya kali ini boleh dibangga- kan jika dilihat dari segi mutu persembahan para atlet yang cukup memberangsangkan apabila 10 rekod kebangsaan dan 91 rekod kejo- hanan berjaya diperbaharui.
Perenang kebangsaan dari Sabah, Chui Lai Kwan menjadi atlet pertama yang berjaya mencipta rekod kebangsaan yang baru pada temasya kali ini dengan catatan masa 30.39 saat dalam acara 50 meter kuak lentang wanita, sekali gus memadamkan rekod kebangsaan milik- nya iaitu 30.77s yang dilakukan pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia 2008.

Acara angkat berat menyaksikan paling banyak rekod kebangsaan diperbaharui dengan tujuh rekod kesemuanya manakala acara olahraga menyaksikan dua rekod kebangsaan lebur.
Dalam pada itu, perenang sensasi Wilayah Persekutuan, Chan Kah Yan, 18, diumumkan sebagai Olahragawati Terbaik manakala pelari jarak jauh tuan rumah, J. Karthik, 21, pula dinobatkan sebagai Olahragawan Terbaik temasya Sukma kali ini.

Juara keseluruhan temasya kali ini menjadi milik Terengganu untuk kali kedua berturut-turut selepas kali pertama mereka memenanginya ketika menjadi tuan rumah pada edisi 2008.

Terengganu berjaya meraih 47 pingat emas, 30 perak dan 43 gangsa diikuti Selangor di tempat kedua de- ngan 43 emas, 43 perak dan 58 gangsa dan Wilayah Persekutuan di kedudukan ketiga dengan 43 emas, 42 perak dan 49 gangsa.

Walaupun gagal mencapai sasaran awal 66 pingat emas, Terengganu membuktikan bahawa mereka mampu muncul sebagai satu kuasa baru sukan tanah air.

Antara pencapaian yang membanggakan pasukan dari pantai timur itu ialah kejayaan mempertahankan pingat emas dalam acara bola sepak untuk tiga edisi berturut-turut.

Terengganu turut mengungguli acara kenu dengan memenangi 12 pingat emas, selain meraih lapan emas dalam acara berbasikal, enam dalam acara olahraga dan lima emas masing-masing dalam acara judo, pencak silat dan angkat berat.

Sementara itu, Selangor berjaya memintas kedudukan di tangga kedua daripada Wilayah Persekutuan pada hari terakhir Sukma XIII kelmarin.
Kontinjen Merah Kuning itu hadir ke Bandaraya Bersejarah ini dengan misi dan harapan untuk merampas semula kedudukan selaku juara keseluruhan tujuh kali iaitu pada 1988 dan kemudiannya diikuti sebanyak enam kali berturut-turut pada temasya 1996, 1998, 2000, 2002, 2004 dan 2006, namun hasrat mereka tahun ini tidak kesampaian.

Tatkala pujian melambung diberi- kan kepada mereka yang bertungkus lumus menjayakan setiap acara dengan cemerlang, pihak penganjur juga tidak terlepas daripada beberapa kelemahan.
Walaupun mungkin dilihat remeh, namun ia wajar dijadikan teladan dan sempadan agar ia tidak berulang pada masa hadapan.

Paling ketara merujuk kepada isu ketidakpekaan dalam penyediaan makanan buat atlet pada peringkat awal temasya berlangsung, apabila ada atlet merungut soal makanan yang tidak sesuai disajikan.
Ia sewajarnya tidak berlaku dalam negara yang berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia dan walaupun ia kemudiannya diatasi, perkara itu merupakan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kerana isu penyediaan makanan sentiasa menjadi keutamaan dalam sebarang temasya sukan berprestij.

Namun, sekalung tahniah perlu diberikan kepada kerajaan negeri Melaka kerana menyediakan laman web rasmi Sukma XIII yang lengkap bagi melancarkan tugas-tugas wartawan yang bertugas pada temasya kali ini.
Bagaimanapun, wartawan tetap perlu membuat liputan di lokasi atau venue pertandingan untuk mendapatkan bahan berita yang diperlukan dan kedudukan beberapa venue yang jauh daripada Pusat Media Utama yang terletak di Stadium Hang Jebat sememangnya agak menyukarkan mereka.

Secara keseluruhannya, Melaka boleh berbangga kerana berjaya kejayaan mereka selaku tuan rumah pada temasya sukan terbesar negara yang diadakan dua tahun sekali itu.

Dua tahun dari sekarang, giliran Pahang pula bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah temasya sukan dwitahunan terbesar di Malaysia itu.


Kosmo

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...