Skip to main content

Terengganu Import Jurulatih Bagi Pertahan Sukma 2012


KUALA TERENGGANU, 21 Jun (Bernama) -- Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) merancang akan mengambil jurulatih dari luar negara bagi menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) Kuantan 2012 nanti.

Pengarahnya Rosdi Awang berkata ia bertujuan memastikan Terengganu terus unggul dan menjadi juara buat kali keempat berturut-turut.

"Kita akan mengimport jurulatih dari China atau Rusia terutamanya bagi sukan-sukan yang tidak kurang menyerlah pada Sukma Melaka seperti sukan menembak, memanah dan gimnastik," katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Dalam kejohanan Sukma ke-13 di Melaka, Terengganu sekali lagi dinobatkan sebagai juara selepas meraih 47 pingat emas, 30 perak dan 43 gangsa manakala Selangor muncul naib juara dengan meraih 43 emas, 43 perak dan 58 gangsa.

Pada Sukma di Terengganu pada 2008, Terengganu meraih 61 emas, 39 perak dan 47 gangsa.

Rosdi berkata Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Datuk Rahin Mohd Said telah mengarahkan MSNT mengenalpasti jurulatih-jurulatih berpotensi dari luar negara itu.

Selain itu, beliau berkata MSNT akan memperkemaskan balik persatuan- persatuan sukan yang tidak menyumbangkan pingat pada Sukma Melaka supaya lebih berwibawa.

Rosdi berkata selain itu, sukan yang menyumbang emas seperti lumba basikal, silat, olahraga dan lain-lain akan dipantau bagi memastikan prestasinya kekal.

Beliau berkata Terengganu mempunyai ramai barisan pelapis dan ia memberi kelebihan walaupun ramai di antara atlet-atlet yang akan meninggalkan Terengganu pada Sukma akan datang kerana faktor usia.

"Dua tahun lagi tidak lama, jadi kita mesti membuat perancangan lebih awal bagi memastikan atlet-atlet kita sentiasa berada dalam keadaan baik," katanya.

-- BERNAMA

Oleh Ibrahim Abu Bakar

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...