Skip to main content

Terengganu pertahan gelaran


BARISAN pemain Terengganu bersorak gembira selepas berjaya meraih pingat emas acara bola sepak pada temasya Sukma XIII di Stadium Hang Tuah, Melaka malam tadi.


SKUAD bola sepak Terengganu mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka dua tahun lalu selepas merangkul pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) XIII di Melaka.

Terengganu mengesahkan kejayaan selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Selangor pada aksi final yang berlangsung di Stadium Hang Tuah malam tadi.

Tonggak tengah Terengganu, Rosli Muda muncul wira apabila berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-23.

Bagaimanapun, Terengganu yang dibarisi 10 tonggak yang beraksi dalam saingan Liga Super terpaksa bekerja keras bagi mencatatkan kemenangan tersebut.

Selangor yang dibimbing P. Maniam dilihat beraksi dalam keadaan tertekan setelah Terengganu berjaya menjaringkan gol pendahuluan.

Kekentalan benteng pertahanan Terengganu yang diketuai kapten, Nur Aliff Zainal berjaya menggagalkan beberapa percubaan berbahaya Selangor.

Percaturan Maniam dengan melakukan tiga pertuka- ran pada babak kedua perlawanan ternyata masih belum mampu untuk menamatkan kemarau 12 tahun Sela- ngor untuk meraih pingat emas dalam acara bola sepak.
Peluang terbaik Selangor untuk memperoleh gol hadir pada minit ke-73, namun kapten Mohd. Fitri Shazwan Radwan gagal untuk memanfaatkannya apabila percubaannya sekadar terkena benteng pertahanan Terengganu.

"Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan pemain-pemain sepanjang perlawanan tadi (semalam).

"Selangor beraksi dengan begitu baik sekali, namun nasib masih memihak kepada kami apabila sekali lagi berjaya muncul juara," jelas juru- latih Terengganu, Khalid Mohd. Dahan.

Pingat gangsa pula menjadi milik Kedah selepas mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Wilayah Persekutuan pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.


Kosmo

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...