Skip to main content

Chong Wei ketuai kemaraan

MACAU - Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei mudah menundukkan pemain Taiwan, Hsu Jen Hao, 21-15, 21-12 pada pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Macau, semalam.
Chong Wei hanya mengambil 27 minit untuk menempah tempat ke pusingan ketiga dan bertemu pilihan ke-14, Saensomboonsuk Tanongsak dari Thailand.

Seorang lagi pemain perseorangan negara, Wong Choong Han juga mempamerkan aksi cemerlang apabila menewaskan pemain Hong Kong, Chun Hei Tam, 21-10, 21-12.
Pemain muda negara, Liew Daren pula membuat kejutan apabila menyingkirkan pilihan ke-12, Parupalli dari India, 13-21, 21-13 dan 21-19.

Namun, seorang lagi pemain negara, Wong Beryno Jiann Tze gagal meneruskan kemaraan, walaupun memberikan tentangan sengit kepada pemain veteran Korea, Lee Hyun Ill sebelum kalah 19-21, 16-21.
Sementara itu, di dalam acara beregu lelaki, gandingan Chan Chong Ming-Chew Choon Eng menang ke atas beregu Belanda, Ruud Bosch- Koen Ridder, 21-12, 21-18.

Satu lagi beregu negara, Chan Peng Soon- Lim Kim Wah juga cemerlang apabila menang 21-11, 21-13 ke atas Liu Peixuan-Lu Kai dari China.

Dalam acara wanita, perseorangan negara, Wong Mew Choo turut layak ke pusingan ketiga dengan menjadikan pemain Hong Kong, Chan Tsz Ka sebagai mangsa dengan kemenangan 21-17, 21-18.
Bagaimanapun, kecemerlangan Mew Choo gagal diikuti Lydia Cheah, apabila kalah kepada Sayaka Sato dari Jepun 21-15, 13-21 dan 20-22.

Wong Pei Tty-Chin Eei Hui yang sebelum ini diberikan amaran supaya mempertingkatkan prestasi oleh ketua jurulatih Rexy Mainaky, berhempas pulas mengalahkan beregu Amerika, Iris Wang-Rena Wang, 21-19, 21-18.

Gandingan adik beradik, Ng Hui Ern-Ng Hui Lin juga layak ke pusingan seterusnya, namun Hoo Kah Mum-Woon Khe Wei terkandas apabila tunduk kepada beregu Korea.



Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...