Skip to main content

Keselamatan Sukan Komanwel New Delhi Terjamin

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Atlet negara ke Sukan Komanwel Oktober depan tidak perlu bimbang soal keselamatan kerana pihak berkuasa di New Delhi memberi jaminan keselamatan semasa temasya sukan itu, kata ketua kontinjen negara Tan Sri Abdul Halil Abdul Mutalib.

Katanya atlet tidak seharusnya membiarkan perkara itu mengganggu tumpuan mereka kepada latihan, sebaliknya menyerahkan soal keselamatan kepada pengurusan kontinjen untuk memantaunya.

Menurutnya jika soal keselamatan menjadi serius, kerajaan melalui Wisma Putra pasti memberi nasihat.

"Sehingga kini, kami belum lagi menerima sebarang nasihat atau amaran dari New Delhi, hos bagi Sukan Komanwel ke-19 yang akan berlangsung dari 3 hingga 14 Okt.

"Tetapi kita sentiasa memantau tahap keselamatan di sana terutama nasihat dari pihak kedutaan Malaysia di sana. Sehingga kini, kita difahamkan segalanya lancar," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Isu keselamatan semasa temasya tersebut timbul berikutan banyak ancaman pihak tertentu untuk mengagalkan penganjurannya tetapi Jawatankuasa Penganjur Sukan Komanwel 2010 New Delhi (OCCWG) sering memberi jaminan mengenai tahap keselamatan di negara tersebut.

Terbaru, ialah ancaman daripada Khalistan Liberation Force (KLF), satu kumpulan puak pemisah Sikh, yang didakwa mungkin menimbulkan kekacauan di New Delhi semasa Sukan Komanwel.

Abdul Halil berkata dua pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) kini berada di New Delhi untuk mengikuti seminar keselamatan sempena temasya itu dan untuk mendapat maklumat terkini berkenaan isu tersebut.

"Biarkan pihak berkuasa menentukan tahap keselamatan di negara tersebut. Yang penting atlet jangan terpengaruh dengan segala khabar tersebut sehingga mampu menjejaskan latihan," katanya.

Mengulas mengenai isu KLF, Pengerusi OCCWG, Suresh Kalmadi said: "Semuanya baik di New Delhi."

"Keselamatan merupakan komponen penting dalam kejayaan kejohanan. Kementerian Dalam Negeri India dan Polis Delhi akan memastikan kejohanan berlangsung dalam suasana selamat bukan sahaja di semua venue kejohanan dan bukan venu tetapi juga di seluruh bandar raya Delhi," katanya dalam laman web rasmi Sukan Komanwel.

Malaysia dijangka menghantar 190 atlet untuk menyertai 14 daripada 17 acara yang dipertandingkan.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...