Skip to main content

Pemain hebat dunia sah beraksi


YEN YEN (tiga dari kanan) hadir pada majlis perasmian Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia 2010 di Kuala Lumpur semalam.


KEJOHANAN Tenis Terbuka Malaysia 2010 yang akan menyingkap tirainya September depan pasti menjadi tumpuan apabila pemain No. 5 dunia, Robin Soderling mengesahkan akan menyertai kejohanan tersebut.

Selain Soderling, juara bertahan, Nikolay Davydenko turut kembali untuk mempertahankan gelaran buat kali kedua menjelang kejohanan siri ke-250 dalam Jelajah Persatuan Pemain Tenis Profesional (ATP) itu.
Ia dijadualkan berlangsung pada 25 September hingga 3 Oktober di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Davydenko yang menghuni ranking keenam dunia turut disertai tujuh lagi pemain terkemuka dunia iaitu Tomas Berdych (8), David Ferrer (12), Mikhail Youzhny (14) dan Nicolas Alma- gro (18).
Turut beraksi ialah Marcos Bagh- datis (25), bekas juara Wimbledon, Lleyton Hewitt (30) dan pemain terkemuka Asia, Rendy Lu (41).

Pengarah kejohanan, Nick Freyer memberitahu, kejohanan pada kali ini akan menampilkan format yang sama iaitu 28 undian pemain dalam acara perseorangan dan 16 pasukan dalam acara beregu.
"Seramai 32 pemain akan beraksi pada pusingan kelayakan untuk merebut empat tempat dalam sesi kelayakan. Dua slot untuk kelayakan wild card dalam acara perseorangan akan diperuntukkan untuk pemain tempatan.

"Pemain tempatan turut diberi keistimewaan untuk bergandingan dengan salah seorang daripada pemain pilihan bagi mendapatkan peluang untuk beraksi dalam acara beregu (wild card)."
Katanya lagi, kini seramai sembilan pemain telah mengesahkan penyertaan mereka, manakala 10 lagi pemain akan diumumkan tidak lama lagi selain empat slot daripada sesi kelayakan, tiga slot untuk wild card dan dua lagi slot tambahan.
Kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Tenis Malaysia (LTAM) itu menawarkan hadiah wang tunai bernilai AS$947,750 (RM3 juta).

Hadir pada sidang media serta melancarkan kejohanan itu semalam ialah Menteri Pelancongan, Datuk Ng Yen Yen.

Dalam pada itu, Freyer turut memberitahu, tiket-tiket akan mula dijual dalam masa enam hingga tujuh minggu dari sekarang selain pengunjung boleh melayari laman web www.MalaysiaOpen Tennis.com untuk maklumat lanjut.

Sementara itu, Presiden LTAM, Datuk Abdul Razak Latiff berkata, selain pemain berpengalaman, Si Yuw Ming, dua lagi pemain negara, Nazim Khan dan Aris Ilias mungkin akan turut serta dalam kejohanan berprestij itu.

Dalam pada itu beliau turut memberitahu, lapan pemain negara akan berlepas ke Sepanyol hari ini bagi menjalani latihan selama lapan minggu di sana.

"Mereka akan dilatih oleh bekas pemain tenis profesional, Albert Portas untuk memperbaiki teknik permainan mereka.

"Bukan mahu tersenarai dalam ranking dunia tetapi sekurang-kurangnya mereka boleh bermain dengan baik dan mengutip pengalaman yang secukupnya," katanya.



Kosmo

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...