Skip to main content

'Saya bergerak secara solo'

"KALAU masih diperlukan, saya terima saja dan kalau tidak, tak mengapa."
Demikian ulasan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengenai pencalonannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Kongres kali ke-47, 31 Julai ini.

Tengku Abdullah yang memegang jawatan No. 2 FAM itu selama 13 tahun sebelum melepaskannya pada 2007, menjelaskan bahawa keputusan sama ada baginda akan kembali semula dalam barisan kepimpinan FAM, terletak di tangan Presiden, Sultan Ahmad Shah dan para perwakilan pada kongres tersebut kelak.
Malah, baginda menyifatkan pengundurannya berikutan kekalahan skuad negara dalam Piala Asia pada 2007 lalu adalah pilihannya sendiri bagi memberi peluang kepada FAM membuat perubahan.
"Selama tiga tahun saya mengundur diri bagi memberi peluang kepada mereka yang ada dalam FAM melaksanakan wawasan dan visi mereka.

"Ketika itu saya mungkin agak kecewa kerana skuad Malaysia kalah dalam Piala Asia tetapi minat saya terhadap bola sepak masih kuat dan bersedia untuk kembali jika diperlukan.
"Begitupun, semuanya terpulang kepada presiden dan perwakilan kerana mereka yang akan menentukannya. Kalau diterima, saya ucapkan terima kasih dan kalau tidak diterima, tak mengapalah," ujar baginda selepas majlis Penajaan Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak antara Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) dan 100PLUS di Kuala Lumpur semalam.

Tengku Abdullah menyandang jawatan Timbalan Presiden pada Februari 1992 dan pernah melepaskan jawatan tersebut kali pertama pada Mac 1993 sebelum kembali semula pada Februari 1994 hingga Julai 2007.

Namun pada pemilihan kali ini, baginda berdepan saingan daripada lima calon lain iaitu penyandang jawatan, Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad, Datuk Che Mat Jusoh, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Abdul Mokhtar Ahmad.

Tengku Abdullah turut menjelaskan bahawa tumpuannya untuk kembali ke FAM tidak akan menam- bahkan beban tugasnya sebagai Presiden PHM.

"Saya sebenarnya dilantik sebagai Presiden PHM oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan itu pun hanyalah sementara saja iaitu selama satu penggal.

"Tetapi ia tidak bermakna saya tidak boleh memberi tumpuan kepada kedua-dua sukan ini kerana saya rasa tiada masalah untuk membahagikan masa dalam dua persatuan sukan ini.
"Apa-apa pun kita tunggu dan lihat saja sama ada saya mampu menjalankannya atau tidak, itupun sekiranya saya diterima semula dalam FAM," ujar baginda.

Mengenai usaha sesetengah pihak yang mahu menggandingkannya dengan Annuar Musa, Tengku Abdullah berkata: "Ini yang saya tidak suka apabila ada pihak cuba membentuk gandingan sebegini.
"Saya tidak kisah untuk bergandi- ngan dengan sesiapa, dengan Annuar atau orang lain kerana saya sebenarnya bergerak secara 'solo'."


Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...