Skip to main content

Sukan Asia keutamaan Azlan


AZLAN (depan) berjaya meraih tiga gelaran pada tahun ini iaitu Kejohanan Senior Asia, Kejohanan Kebangsaan dan Terbuka Malaysia, Sabtu lalu.


SELEPAS menjulang gelaran Terbuka Malaysia CIMB kelmarin, Mohd. Azlan Iskandar kini menumpukan perhatian kepada Sukan Asia di Guangzhou, China, yang akan berlangsung pada November depan.

"Tahun ini saya amat sibuk dan Sukan Asia sekali lagi menjadi keuta- maan saya," kata pemain berusia 28 tahun dari Sarawak itu.
Sukan Asia buat julung-julung kali- nya menawarkan empat pingat emas dalam acara skuasy iaitu masing-masingnya dua (acara individu dan pasukan) bagi kategori lelaki dan wanita.

Mohd. Azlan berkata, ia memang mencabar bagi atlet untuk mencapai sasaran empat pingat emas yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

"Saya berharap MSN membawa jurulatih saya dari England ke sini untuk membimbing pasukan, beberapa minggu sebelum Sukan Asia.
"Saya rasa itu amat penting kerana Sukan Asia akan diadakan di China, jadi kurang sesuai untuk menjalani latihan di England kerana cuacanya jauh berbeza," kata pemain yang menduduki ranking ke-18 dunia itu.
Mohd Azlan yang dibimbing Peter Genevar di London berkata, dia mencatat pencapaian amat baik dalam tempoh dua minggu lepas.

Sebelum memenangi gelaran Terbuka Malaysia buat kali ketiga semalam, Mohd. Azlan buat julung-julung kalinya memenangi gelaran kebangsaan minggu lepas dan pada 8 Mei lalu, dia menjuarai Kejohanan Senior Asia ke-15 di Chennai, India.

"Dua minggu lepas adalah amat baik bagi saya. Tahun ini saya berjaya meraih tiga kejuaraan iaitu Kejohanan Senior Asia, Kejohanan Kebangsaan dan Terbuka Malaysia. Saya berharap untuk meraih kejayaan dalam beberapa kejohanan lagi," kata- nya yang akan menyertai Terbuka Hong Kong bulan depan.
"Saya akan meneruskan latihan di Bukit Jalil untuk lima minggu akan datang sebelum Terbuka Hong Kong. Saya tidak menyertai Terbuka Australia (8-15 Ogos) untuk membuat persediaan menghadapi pertandingan itu," kata Mohd Azlan.

Terbuka Hong Kong akan berlangsung 23 hingga 29 Ogos depan.
"Saya rasa prestasi saya kebelaka- ngan ini semakin meningkat.

"Bagaimanapun, masih banyak lagi kelemahan yang ada, namun saya akan terus bekerja keras untuk memperbaikinya," jelasnya.


Kosmo

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...