Skip to main content

Sukan Olimpik Remaja, Malaysia Sasar 1 Pingat

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Malaysia mensasarkan untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat menerusi acara terjun, badminton atau pelayaran pada Sukan Olimpik Remaja 2010 di Singapura dari 14 hingga 26 Ogos ini.

Ketua Kontinjen negara Alex Lim berkata sasaran itu berikutan pihaknya tidak dapat menjangkakan kekuatan pasukan lain kerana ini merupakan kali pertama temasya tersebut dianjurkan.

"Kita mahu mereka (atlet) cuba dan membuat yang terbaik dan harap mereka boleh bawa pulang satu dari mana-mana jenis pingat," katanya pada sidang media mengenai kejohanan itu di Kompleks Sukan Bukit Jalil dekat sini pada Rabu.

Beliau berkata kontinjen negara, yang terdiri daripada 22 orang yang merangkumi 13 atlet, lapan jurulatih dan dirinya, akan bertolak ke Singapura 10 Ogos ini.

Antara atlet yang terlibat ialah Pandalela Rinong bagi acara terjun, Fatin Atikah Osman (angkat berat), Loh Wei Sheng dan Sonia Cheah (badminton), Mohd Amirul Shafiq Md Jais dan Khairuneeta Mohd Afendy (pelayaran).

Selain itu, Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara Ahmad Shapawi Ismail berkata kejohanan itu lebih mengutamakan penyertaan atlet berbanding pungutan pingat, di samping memberi fokus pada aspek budaya dan pendidikan.

"Malah tiada kedudukan pingat akan ditunjukkan sepanjang kejohanan. Atlet juga akan dibawa mengikuti program seni dan budaya, ekplorasi dan aktiviti komuniti," katanya.

Beliau berkata meskipun kejohanan itu akan diadakan pada Ramadan, atlet Muslim dijangka tidak akan menghadapi masalah untuk menunjukkan prestasi terbaik, memandangkan mereka sudah biasa berlatih dalam bulan puasa.

-- BERNAMA

Comments

  1. Ketua Kontinjen adalah Alex LIM bukan KIM!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...