Skip to main content

Tahap keselamatan terjamin


ABDUL HALIL (kiri) meluangkan masa bertemu atlet-atlet memanah negara yang akan beraksi pada Sukan Komanwel 2010 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.


ATLET negara ke Sukan Komanwel 2010 pada Oktober depan tidak perlu bimbang soal keselamatan kerana pihak berkuasa di New Delhi memberi jaminan terhadap aspek tersebut sepanjang temasya sukan itu berlangsung.

Demikian jelas ketua kontinjen negara, Tan Sri Abdul Halil Abdul Mutalib ketika melawat persiapan atlet negara di perkampung sukan di Bukit Jalil semalam.

Katanya, atlet tidak seharusnya membiarkan perkara itu mengganggu tumpuan mereka kepada latihan, sebaliknya menyerahkan soal keselamatan kepada pengurusan kontinjen untuk memantaunya.
Menurutnya jika soal kesela- matan menjadi serius, kerajaan melalui Wisma Putra pasti memberi nasihat.
"Sehingga kini kami belum lagi menerima sebarang nasihat atau amaran dari New Delhi, hos bagi Sukan Komanwel ke-19 yang akan berlangsung pada 3 hingga 14 Oktober depan.

"Kita sentiasa memantau tahap keselamatan di sana termasuk meminta nasihat daripada pihak Kedutaan Malaysia di India. Sehingga kini, kita difahamkan segala-galanya lancar," katanya.

Isu keselamatan semasa temasya tersebut timbul berikutan banyak ancaman pihak tertentu untuk menggagalkan penganjurannya tetapi Jawatankuasa Penganjur Sukan Komanwel 2010 New Delhi (OCCWG) memberi jaminan mengenai tahap keselamatan di negara tersebut adalah terkawal.

Terbaru ialah ancaman dari- pada Khalistan Liberation Force (KLF), satu kumpulan puak pemisah Sikh yang didakwa mungkin menimbulkan kekacauan di New Delhi semasa Sukan Komanwel itu kelak.

Abdul Halil berkata, dua pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) kini berada di New Delhi untuk mengikuti seminar keselamatan sempena temasya itu serta mendapat maklumat terkini berkenaan isu tersebut.
"Biarkan pihak berkuasa menentukan tahap keselamatan di negara tersebut.

"Yang penting atlet jangan terpengaruh dengan segala khabar sehingga menjejaskan lati- han harian," katanya.



Kosmo

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Harga Tiket Piala Thomas Tidak Mahal - Shabery

PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Rakyat Malaysia tidak harus memikirkan bahawa harga tiket bagi menyaksikan kejohanan Piala Thomas bulan depan sebagai mahal, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata mereka seharusnya berfikiran bahawa pembelian tiket bagi menyaksikan kejohanan itu sebagai menghargai pengorbanan pemain negara serta peluang menyaksikan kejohanan berprestij, yang kali terakhir diadakan di Malaysia pada 1992, bukanlah sesuatu yang biasa. "Tak mahal sangat kalau kita fikirkan daripada segi sumbangan atlet itu. Mereka (atlet) setiap hari berlatih antara enam hingga lapan jam untuk menaikkan nama negara... kena jaga makan, tidur dan gaya hidup. "Atlet ini perlu dibiayai di samping penganjuran Piala Thomas itu besar. Kita tak suruh rakyat Malaysia berlatih sampai enam jam, jaga makan atau tidur. Cuma kita minta mereka beli tiket," katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran Larian Antarabangsa Ekiden Malaysia 201...