Skip to main content

Terbuka Malaysia milik Nicol, Azlan




DATUK Nicol Ann David dan Mohd. Azlan Iskandar muncul juara Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB yang melabuhkan tirainya di gelanggang kaca di The Curve, Mutiara Damansara semalam.
Nicol mengesahkan gelaran keenamnya selepas menundukkan pemain No. 2 dunia dari England, Jenny Duncalf 11-6, 6-11, 11-7, 10-12, 11-5 dalam masa 72 minit.

Mengulas kejayaannya semalam, Nicol berkata, dia sudah menjangkakan laluan getir yang akan ditempuhi apabila berdepan dengan musuh tradisinya itu.

"Sebenarnya selepas menewaskan Alison (Water) dalam saingan separuh akhir semalam (kelmarin), saya sudah jangka akan melalui perlawanan lima set bersama Duncalf hari ini (semalam).
"Kedua-dua mereka (Duncalf dan Alison) kini merupakan pesaing utama saya kerana mereka semakin hebat dari semasa ke semasa.

"Pada set kelima, saya sedar perlu bangkit dan menamatkan perlawanan dengan cepat kerana saya tidak mampu untuk bermain lebih daripada 11 mata.
"Dalam masa yang sama, saya lihat Jenny kerap melakukan kesilapan," kata Nicol yang berjaya merangkul kejuaraan buat tahun keenam berturut-turut.

Duncalf pula berkata, dia tetap berpuas hati dengan corak permainannya walaupun sekali lagi terpaksa akur dengan kehebatan Nicol.
"Saya tetap gembira kerana sebelum ini (Kejohanan Terbuka Cayman Islands) saya tewas 0-3 kepada Nicol tetapi pada kali ini hanya 2-3.

"Pada set kelima, saya gagal mencapai rentak permainan saya. Bagaimanapun, saya akan terus berusaha dan cuba untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik pada masa akan datang," katanya.

Selaku juara, Nicol membawa pulang hadiah wang tunai AS$8,650 manakala Duncalf menerima AS$6,075.
Terdahulu, Azlan kembali merampas kejuaraan Terbuka Malaysia selepas membenam pemain pilihan ketujuh dari Mesir, Tarek Momen 11-5, 11-6, 11-8.

"Tidak dinafikan saya memang terdesak untuk memenangi perlawanan ini dan saya terus melawan dengan penuh emosi. Saya berbangga kerana akhirnya tuah berpihak kepada saya.

"Saya amat gembira dengan kemenangan ini dan selepas ini saya hanya mahu menumpukan sepenuh perhatian untuk menjalani latihan kecergasan sebagai persediaan untuk Sukan Komanwel dan Sukan Asia hujung tahun ini," katanya yang merangkul gelaran ketiga Terbuka Malaysia selepas edisi 2004 dan 2007.

AKSI Nicol ketika menentang Duncalf pada saingan final Terbuka Malaysia CIMB di The Curve, Damasara semalam.


Dengan kejayaan tersebut, Azlan membawa pulang hadiah tunai berjumlah AS$7,600 manakala Tarek pula menerima AS$5,200.

Semua hadiah disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek sambil diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif CIMB, Datuk Seri Nazir Razak.



Oleh SHALIZAH MOHAMED

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...