Skip to main content

YOG 2010: Kontinjen negara impi satu pingat


KENG LIAT (tiga dari kiri) akan mengetuai kontinjen negara ke temasya YOG 2010 di Singapura.


KONTINJEN negara tidak mahu terlalu yakin pada penampilan sulung di Sukan Olimpik Remaja (YOG) 2010.
Meskipun satu pingat menjadi impian, tetapi keutamaan mereka adalah kepada penyertaan serta pendedahan atlet muda yang satu hari kelak menjadi tonggak kekuatan sukan negara.
Satu pingat yang mereka impikan itu diramal bakal hadir daripada acara terjun, badminton atau pelayaran.

Sukan Olimpik Remaja 2010 dijadualkan berlangsung pada 14 hingga 26 Ogos di Singapura dan ia julung-julung kali diadakan.
Ketua kontinjen negara, Alex Lim Keng Liat berkata, impian meraih satu pingat itu adalah sasaran yang realistik kerana mereka tidak dapat menjangkakan kekuatan pasukan lain.
Katanya, ini merupakan kali pertama temasya tersebut dianjurkan.

"Kita cuma mahu mereka (atlet) membuat yang terbaik dan harap mereka boleh bawa pulang satu pingat tidak kira warna," katanya pada sidang media mengenai temasya itu di Kompleks Sukan Bukit Jalil semalam.
Kontinjen negara terdiri daripada 22 orang yang merangkumi 13 atlet serta lapan jurulatih dan mereka akan bertolak ke Singapura pada 10 Ogos.

Antara atlet yang terlibat ialah Pandalela Rinong bagi acara terjun, Fatin Atikah Osman (angkat berat), Loh Wei Sheng dan Sonia Cheah (badminton), Mohd. Amirul Shafiq Md. Jais dan Khairuneeta Mohd. Afendy (pelayaran). Sementara itu, Pengarah Bahagian Atlet, Majlis Sukan Negara (MSN), Ahmad Shapawi Ismail berkata, kejohanan itu lebih mengutamakan penyertaan atlet berbanding pungutan pingat, di samping memberi fokus pada aspek budaya dan pendidikan.

"Malah tiada kedudukan pingat akan ditunjukkan sepanjang kejohanan. Atlet juga akan dibawa mengikuti program seni dan budaya, ekplorasi dan aktiviti komuniti," katanya.

Beliau berkata, meskipun temasya itu diadakan pada bulan Ramadan, atlet beragama Islam dijangka tidak akan menghadapi masalah untuk menunjukkan prestasi terbaik, memandangkan mereka sudah biasa berlatih dalam bulan puasa.

Sebanyak 26 acara sukan dipertandingkan dan Malaysia beraksi dalam enam sukan iaitu olahraga, akuatik, badminton, pelayaran, angkat berat dan gimrama.



Oleh SAHLIZAH MOHAMED
sahlizah@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...