Skip to main content

Atlet kategori, patutkah diteruskan?

BERHUTANG memang mudah, tetapi liat ketika hendak membayarnya balik. Inilah lumrah dunia seperti yang kita sering melihat senarai peminjam yang disiarkan di akhbar-akhbar, kerana gagal membayar kembali pelbagai pinjaman.

Inilah yang berlaku kepada Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), yang dikatakan berhutang RM60,000, kerana menghantar atlet yang kurang layak atau atlet kategori B ke Sukan SEA di Laos.

Rupa-rupanya bukan KOAM sahaja yang berhutang, tetapi ada lagi persatuan sukan lain yang jumlahnya hampir RM200,000.

Setiap atlet sebelum dipilih untuk mewakili negara ke temasya Sukan SEA, Asia, Komanwel dan Olimpik, perlulah melepasi kelayakan yang ditetapkan oleh MOM.


Kelayakan ini biasanya berdasarkan kepada pencapaian tempat kedua atau tempat ketiga temasya yang lalu dan dalam beberapa hal ditetapkan oleh badan sukan antarabangsa yang berkenaan.
Semua atlet yang menyamai atau mengatasi tahap pencapaian yang ditetapkan, akan layak secara merit ataupun sebagai atlet Kategori A.

Dalam pada itu, MOM juga memberikan kelonggaran kepada atlet-atlet yang tidak berjaya mengatasi kelayakan yang ditetapkan, tetapi berada dalam kedudukan yang hampir layak untuk bertanding melalui Kategori B, di mana persatuan kebangsaan masing-masing perlu menanggung perbelanjaan penyertaan atlet berkenaan.

Sekiranya atlet berkenaan memenangi pingat emas atau perak, atau memenuhi syarat yang ditetapkan, maka kos perbelanjaan akan dipulangkan semula oleh MOM.

Sikap bertolak ansur MOM ini, kerap kali disalahgunakan, akibatnya MOM sendiri menanggung masalah mengutip hutang.
Seperti biasa, masalah hutang tertunggak ini akan timbul menjelang satu-satu temasya sukan seperti yang berlaku sekarang, menjelang Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

Sebenarnya, kelayakan yang telah ditetapkan untuk satu-satu temasya sukan itu adalah untuk menentukan supaya atlet yang mewakili negara berada dalam keadaan yang kompetitif ketika bertanding.
Bukan semua standard tersebut menjamin setiap atlet yang layak berjaya memenangi pingat, khususnya pingat emas.

Kalau pada Sukan Olimpik, atlet-atlet negara yang layak biasanya hanya berpengalaman bertanding di pusingan awal sahaja, tanpa sampai pun ke peringkat kedua atau ketiga.

Oleh itu, atlet yang tidak berjaya melepasi kelayakan, sudah tentulah mempunyai peluang yang lebih tipis untuk berjaya, kecuali kalau beliau menunjukkan prestasi yang luar biasa.

Atlet pada masa ini telah didedahkan dengan latihan dan pertandingan yang cukup banyak, untuk membolehkan mereka bersedia sebelum menyertai apa-apa pertandingan termasuk di Sukan SEA, Asia, Komanwel dan Olimpik.

Tidak seperti dulu yang amat sedikit pendedahan yang diberi kepada atlet negara, kerajaan melalui MSN telah memberi peluang yang secukupnya kepada mereka.
Langkah ini telah dimulakan sejak tahun 1993, apabila kita bersedia untuk Sukan Komanwel 1998, di mana kita menjadi tuan rumah.

Amalan memberikan atlet peluang berlatih dan bertanding secukupnya berterusan, sehingga hari ini.
Oleh itu, setelah diberi peluang untuk berlatih sepenuh masa dan bertanding secukupnya, maka adalah malang sekali sekiranya atlet berkenaan tidak berjaya melepasi standard kelayakan yang ditetapkan.
Bagaimanakah atlet ini mahu memenangi pingat, kalau standard kelayakan pun tidak berjaya dilepasi?.
Pada pandangan saya, mereka ini bukan sahaja tidak diberi tiket untuk menyertai kontinjen negara, tetapi sepatutnya digugurkan terus dari program.

Saya kira ramai atlet negara yang dalam kategori ini, tetapi masih lagi menganggotai program anjuran MSN.
Dalam sukan, kaedah untuk membezakan atlet yang berjaya dengan yang tidak berjaya tidaklah rumit.
Kita mungkin memberi isyarat yang salah dengan memperkenalkan atlet Kategori B dan dengannya membiakkan sifat sambil lewa di kalangan atlet.

Kalau dilihat setiap kali kontinjen bertanding, atlet yang pulang dengan tangan kosong atau tanpa mencatatkan apa-apa kemajuan adalah cukup tinggi peratusannya.
Kaedah ini patut dipertimbangkan semula supaya setiap atlet mempunyai hasrat untuk memenangi pingat dan ini dimulakan dengan melepasi kelayakan yang ditetapkan.

Oleh itu, kita akan mempunyai atlet yang berkualiti sahaja menganggotai kontinjen negara.
MOM pun tidak menghadapi masalah untuk memungut hutang.

Sukan Prestasi Tinggi adalah berasaskan kepada pencapaian yang cemerlang yang diukur, biasanya melalui pingat khususnya pingat emas.

Dalam menuju ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara maju, atlet perlulah menunjukkan semangat juang yang tinggi, sesuai sebagai rakyat negara yang maju.
Ini boleh dilakukan dengan memansuhkan Kategori B ketika memilih ahli kontinjen ke sukan antarabangsa.

UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...