Skip to main content

Bayar secara ansuran - Kok Chi


Kok Chi meminta persatuan-persatuan yang masih berhutang dengan MOM agar menjelaskannya secara ansuran.


MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) yakin semua persatuan sukan yang berhutang dengannya mampu menjelaskan hutang tersebut yang kini berjumlah RM200,000, sebelum hujung tahun ini.

Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi berkata, hutang tersebut terutama yang melibatkan kos bagi menanggung perbelanjaan atlet di bawah kategori B, boleh di- jelaskan secara ansuran.

"Sebenarnya isu lambat jelas hutang telah lama timbul iaitu sejak tahun 1960-an lagi, namun ia telah dijelaskan kecuali hutang bagi tahun 2009," katanya ketika dihubu- ngi semalam.

Kok Chi berkata, kecuali hutang pada 2009, semua persatuan sudah menjelaskannya secara ansuran selepas berbincang dengan MOM.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai tunggakan hutang sebanyak RM200,000 yang terpaksa ditanggung oleh MOM akibat sikap liat persatuan membayar balik kos pembelanjaan atlet mereka ketika mengikuti Sukan SEA di Laos.

Mengikut peraturan MOM, semua perbelanjaan atlet yang layak secara merit ke sesuatu temasya akan ditanggung oleh MOM tetapi atlet yang tidak layak tetapi diberi peluang beraksi, diletakkan di bawah kategori B.

Atlet kategori B perlu membayar balik segala perbelanjaan yang biasanya ditanggung oleh MOM, kecuali jika mereka mendapat sekurang-kurangnya pingat perak.

Sieh berkata, sehingga kini lima persatuan sukan telah menjelaskan hutang mereka dan MOM yakin persatuan yang masih berhutang akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama persatuan yang masih berhutang dengan MOM.
Ditanya mengenai sikap selektif MOM yang mendedahkan hutang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) tetapi tidak yang lain, Kok Chi berkata, MOM meminta kesatuan membayar hutang tersebut kerana tahu badan induk olahraga itu mempunyai kemampuan untuk menjelaskannya.

Mengulas mengenai cadangan yang diberikan oleh bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad agar MOM melupuskan sistem kategori B, beliau berkata, perkara tersebut perlu dikaji dan dibincangkan oleh lembaga MOM terlebih dahulu.

"Oleh kerana isu ini telah lama dipertikaikan, kita perlu membuat kajian secara teliti sebelum membuat apa-apa keputusan mengenainya," katanya. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...