Skip to main content

Hoki: Malaysia bedil Scotland

SKUAD hoki negara mencatat kemenangan kedua pada Kejohanan Hoki Cabaran Lima Negara selepas mengalahkan Scotland 3-1 di Paris kelmarin.

Satu peningkatan yang baik telah dipamerkan oleh anak-anak buah Stephen van Huizen itu selepas berjaya mengalahkan Poland 3-2 pada aksi pertama, Rabu lalu.

Percaturan van Huizen yang menurunkan penjaga gol, S. Kumar dan pertahanan, Baljit Singh kelmarin nampak berkesan apabila kedua-dua pemain tersebut memainkan watak penting dalam menghalang kemaraan pemain Scotland.

"Pemain telah mempamerkan peningkatan dan beraksi lebih bagus berbanding pertemuan dengan Poland, Rabu lalu," kata van Huizen.
"Pemain juga beraksi dengan tenang dan banyak mengecewakan asakan Scotland.
"Dua gol awal berjaya memberi keyakinan tetapi apa yang lebih penting ialah pemain mampu mengekalkan kelebihan ini dan mencatat kejayaan."

Malaysia mendahului 2-0 selepas 10 minit permainan bermula menerusi gol sudut penalti daripada Tengku Ahmad Tajuddin (minit ke-7) dan Hafifihafiz Hanafi (10).
Mohd. Razie Rahim kemudian menyempurnakan pukulan sudut penalti selepas rehat untuk memberi kelebihan 3-0 kepada skuad negara sebelum Scotland mengurangkan defisit gol pada minit ke-63 menerusi Mark Ralph.

"Kita tidak mempunyai ramai pemain pertahanan seperti yang saya harapkan. Jadi beberapa pemain terpaksa beraksi lebih lama berbanding pemain lain.
"Razie adalah antara pemain yang paling konsisten dan bijak mencari posisinya di atas padang. Dia tonggak yang penting di bahagian pertahanan, jadi saya terpaksa mengekalkannya di atas padang lebih lama berbanding pemain lain."

Dengan kejayaan kedua ini, Malaysia kini mendahului kumpulan dengan enam mata, diikuti Scotland yang mengumpul 3 mata hasil kejayaan 5-4 ke atas tuan rumah, Perancis pada aksi pertama.
Ireland pula mengutip dua mata selepas seri kali kedua, kali ini diikat 3-3 oleh Perancis kelmarin.
Perancis dan Poland pula masing-masing mengumpul satu mata.

Skuad negara akan berdepan Ireland malam ini sebelum melengkapkan jadual perlawanan menentang tuan rumah Perancis malam esok.


Kosmo

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...