Skip to main content

Jawatankuasa tetap Taekwondo Malaysia dibentuk


Tunku Imran Tuanku Ja'afar (tengah, barisan depan) bersama jawatankuasa tetap TM selepas Mesyuarat Agung di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR - Selepas sekian lama kemelut yang melanda kepada sukan taekwondo negara, akhirnya satu jawatankuasa tetap Taekwondo Malaysia (TM) bagi penggal 2010-2012, berjaya dibentuk dalam mesyuarat agung kali pertama badan induk itu di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (OCM), semalam.
Dalam mesyuarat agung kali pertama (AGM) itu, Tunku Imran Tuanku Jaafar, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penaja TM, dipilih sebagai presiden selepas menang tanpa bertanding.

Sementara itu, Datuk Mohamed Nazim Razak mengisi jawatan timbalan presiden, juga menerusi kemenangan tanpa bertanding.

Bagi naib presiden, seramai enam calon bertanding untuk tiga tempat yang ditawarkan dan ia menjadi milik Datuk Roy Rajasingham, KM Rajendran dan dan Chin Mee Keong.
Sejurus selepas mesyuarat terbabit, Tunku Imran melahirkan rasa gembira kerana semua pengamal sukan itu akhirnya dapat disatukan di bawah satu bumbung.

''Segalanya berjalan lancar pada mesyuarat hari ini dan mereka, tidak kira dari peringkat negeri atau kelab, dapat bersatu demi kepentingan sukan taekwondo.
''Bukan itu sahaja, perlembagaan baru TM berjaya disahkan pada hari ini dan telah mendapat persetujuan Pesuruhjaya Sukan.

''Sasaran kami sebagai jawatankuasa baru TM adalah untuk menjadikan taekwondo kembali menjadi sukan gerak tempur pertama di Malaysia, '' katanya.

Pernah dibatalkan pendaftaran pada 6 Mei 2005 di atas nama Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA), satu jawatankuasa sementara telah dibentuk pada 1 Mac lalu, bagi mengendalikan segala perjalanan sukan taekwondo di negara ini.

Badan baru itu telah berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan 18 Februari lalu dan mendapat sokongan daripada Persatuan Taekwondo Dunia (WTF).

Selain itu, Tunku berkata mesyuarat pertama jawatankuasa eksekutif TM akan diadakan pada 8 September ini bagi membincangkan pelantikan jawatankuasa.


Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...