Skip to main content

KBS percepat permohonan bina velodrom antarabangsa


Ahmad Shabery Cheek (kiri) menerima kunjungan Patrick McQuaid di Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, semalam. - UTUSAN/Zaki Amiruddin


PUTRAJAYA - Pembinaan velodrom antarabangsa mengikut spefikasi terkini bakal menjadi agenda penting buat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi memastikan Malaysia mampu menjadi tuan rumah kejohanan utama dunia.

Menurut menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek, segala usaha perlu dilakukan dan kementerian akan bersungguh-sungguh bagi memastikan pembinaan velodrom ini siap secepat mungkin, sebelum berlangsungnya Sukan Olimpik 2012 London.

"Saya akan memastikan projek ini menjadi yang paling penting dan mendapat kelulusan Unit Perancang Ekonomi (UPU) untuk dibentangkan pada Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) hujung tahun ini," katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan Presiden Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), Patrick McQuaid di kementeriannya, semalam.

Jelasnya, velodrom tersebut perlu lengkap dengan semua kemudahan dan menepati undang-undang UCI dalam penganjuran kejohanan bertaraf dunia iaitu berbumbung serta menggunakan permukaan kayu.
"Jikalau boleh pembinaan velodrom ini mengikut spefikasi yang dikehendaki UCI, kita akan melihatnya dengan lebih mendalam dan konsultan yang terbaik akan dilantik dalam memberi nasihat untuk pembinaan velodrom ini.

"Bagaimanapun saya hendak menegaskan di sini pembinaan velodrom ini tidak semestinya di Lembah Klang, ini kerana bukan mudah untuk mendapat tapak yang sesuai di sini, mungkin di Negeri Sembilan" katanya.
Katanya, jika velodrom ini siap sebelum 2012, maknanya tidak ada masalah buat Malaysia untuk menganjurkan kejohanan bertaraf dunia sebelum Sukan Olimpik London, dalam masa yang sama melahirkan pelumba hebat dalam pelbagai acara.

Ditanya mengenai konsultan yang akan menjadi penasihat, Shabery berkata, setakat ini belum ada apa-apa keputusan mengenainya tetapi pakar perunding sudah tentu dari UCI sendiri yang berpengkalan di Switzerland.

"Kita tidak mahu pembinaan velodrom ini sebagai satu objek yang berorientasikan projek semata-mata tetapi kepentingan kegunaannya, tidak guna jika kita membina velodrom yang tidak menepati ciri-ciri yang dimahukan UCI," katanya.


Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...