Skip to main content

Kena tunggu lagi




PETALING JAYA - Masa depan skuad bawah 21 tahun negara, Harimau Muda A terus terumbang-ambing sekurang-kurangnya sehingga minggu ini apabila mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam sekadar meletakkan tiga rancangan pilihan sebagai dalam pertimbangannya.
Dengan 19 pengerusi jawatankuasa tetap FAM baru sahaja dilantik dalam mesyuarat pertama Exco di Wisma FAM, Kelana Jaya susulan pemilihan Kongres pada 31 Julai lalu, terlalu sukar untuk memutuskan haluan baru anak buah Ong Kim Swee dalam tempoh sesingkat ini.

Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Kebangsaan, Bawah 23, 21 (Harimau Muda A) dan 19 Tahun (Harimau Muda B) dalam mesyuarat semalam, perlu memutuskan segera bentuk program mereka bagi September hingga November ini.

Harimau Muda A yang sebelum ini diterajui Azraai Khor Abdullah, pernah melalui siri persahabatan dengan kelab Liga Divisyen 1 Slovakia dari Februari hingga Mei lalu.

Ketidaktentuan program Harimau Muda A sekembalinya dari Slovakia, Jun lalu, turut mendorong beberapa pasukan negeri dan kelab cuba memancing khidmat tonggak mereka sebagai pemain pinjaman bagi menghadapi Piala Malaysia yang bermula 14 September ini.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Kebangsaan B23, 21 dan 19 tahun, berkata, pilihan pertama yang dipertimbangkan ialah menghantar semula mereka ke Slovakia untuk menjalani perlawanan persahabatan dengan 12 daripada 14 pasukan Liga Divisyen 1 di sana.

"Kedua, menempatkan mereka di kelab Cardiff City, England selama enam minggu dan yang terakhir, skuad belia ini akan kekal di Malaysia sambil mencari beberapa perlawanan persahabatan di luar negara," katanya yang juga dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Antarabangsa; Teknikal dan Pembangunan Belia FAM.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad menjelaskan, penampilan Harimau Muda A sebagai pasukan yang bertanding dalam Liga Divisyen 1 Slovakia tidak dapat ditunaikan kerana masalah percanggahan pendapat persatuan bola sepak negara itu dengan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) sejurus selepas Piala Dunia, bulan lalu.

"Kita juga kesuntukan waktu untuk mendapatkan kelulusan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) kerana sebarang rancangan sesebuah pasukan negara bermain di liga negara lain juga perlu melalui persekutuan benua berkenaan terlebih dulu sedangkan pertandingan mahu bermula pada bulan lalu," katanya.
Jelasnya, FAM bagaimanapun akan cuba mengutamakan jumlah perlawanan bermutu tinggi yang dapat diperoleh Harimau Muda A dalam menentukan bentuk program masa depan mereka khususnya bagi mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Indonesia 2011 dengan disokong tujuh pemain lain daripada temasya di Laos, tahun lalu.


Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...