Skip to main content

LTdL 2011 lebih mencabar


AHMAD Shabery (dua dari kiri) bersama Abu Samah (dua dari kanan) mengangkat tangan pelumba negara, Suhardi Hassan pada majlis pelancaran LTdL 2011 di Putrajaya semalam.


DUA peringkat pendakian akan mencabar kehebatan pelumba pada Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi ke-16 tahun depan.

Dua peringkat pendakian yang bakal diharungi pelumba adalah Cameron Highlands dan Genting Highlands.
Pelumba akan melaluinya untuk dua hari berturut-turut iaitu pada saingan peringkat keempat dan kelima.
Jelajah terulung di Asia itu turut menampilkan beberapa perubahan yang pastinya lebih mencabar dan sengit.
Ia akan berlangsung selama 10 hari bermula dari 23 Januari hingga 1 Februari 2011.

Ketika melancarkan LTdL 2011 semalam, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, LTdL tahun depan akan lebih menarik kerana ia diadakan selama 10 hari meliputi dua pendakian berturut-turut yang pastinya lebih menarik.

“Pelumba akan melalui dua pendakian berturut-turut dan saya menganggap pendakian pertama di Cameron Highlands sebagai pemanas badan untuk mendaki ke Genting Highlands pada keesokan harinya.
“Selain itu, ia juga akan membiasakan diri pelumba untuk mengharungi beberapa peringkat perlumbaan yang turut meliputi pendakian tersendiri,” katanya selepas majlis pelancaran Imej dan Laluan LTdL 2011 di Putrajaya, semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah timbalannya, Datuk Razali Ibrahim, Ketua Setiausaha KBS, Datuk Mohid Mohamad serta Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab.

Majlis tersebut turut menyaksikan surat pengiktirafan untuk tahap cemerlang daripada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) kepada PKBM melalui penganjuran LTdL 2010.
Selain itu, selepas empat tahun terpinggir, Pulau Langkawi kembali disenaraikan dan ia akan menjadi pembuka dengan menampilkan saingan peringkat pertama sejauh 91.90 kilometer yang akan bermula di Dataran Lang dan berakhir di Pekan Kuah.

Tambah Ahmad Shabery, Pulau Langkawi kembali sebagai laluan LTdL selepas mengambil kira pandangan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed.
“Pendangan ikhlas Tun Dr. Mahathir perlu diambil kira dan sebab itulah kami memasukkan semula Pulau Langkawi dalam laluan LTdL.

“Bagaimanapun, itu tidak bermakna setiap kali LTdL akan turut disertai oleh Pulau Langkawi kerana laluan perlumbaan mesti berubah bagi memberikan persaingan yang berbeza.”
Ahmad Shabery dalam masa yang sama turut mensasarkan jumlah penonton akan meningkat daripada 400 ribu tahun lalu kepada 800 ribu atau satu juta pada tahun depan.

Mengulas mengenai kos LTdL pada tahun depan, Ahmad Shabery memberitahu, bajet yang diperlukan adalah sekitar RM14 juta kerana pada tahun depan ia akan membabitkan perlumbaan di Pulau Langkawi selain jadual perlumbaan selama 10 hari.

“Pada tahun lalu, kos LTdL ialah sebanyak RM8 juta, namun ia masih belum melebihi peruntukan yang ditetapkan,” katanya.

Perlumbaan LTdL 2011 akan mencatat jarak sejauh 1,291.60 kilometer dan setakat ini, sebanyak 23 pasukan pro-tour, pro-continental, benua dan kebangsaan dijangka menyertai perlumbaan tahun depan.


Oleh SAHLIZAH MOHAMED
sahlizah@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...