Skip to main content

Perang mulut tamat

KUALA LUMPUR - 'Perang mulut' yang berlaku antara Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hampir selesai setelah kedua-dua belah pihak mengambil pendekatan mengatasinya dengan cara yang lebih berhemah.

Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim berkata, pihaknya telah pun mengadakan perjumpaan dengan MOM bagi memohon kelonggaran berhubung pembayaran hutang RM60,000.
''Hasil pertemuan itu, MOM telah pun bersetuju untuk memberi kelonggaran kepada kami bagi menjelaskan hutang tersebut,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Sebelum ini, Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi, dilaporkan meminta KOAM melangsaikan hutangnya terlebih dahulu, sebelum menghantar atlet di bawah naungannya ke Sukan Komanwel di New Delhi, India yang akan berlangsung dari 3 hingga 14 Oktober ini.

Bagaimanapun, Karim tetap bertegas enggan berbuat demikian, atas alasan tidak mempunyai dana selain berpendapat kos pembiayaan atlet Kategori B pada Sukan SEA di Laos, tahun lepas, harus ditanggung bersama oleh KOAM, MOM dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Ekoran 'perang mulut' tersebut, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek kelmarin, menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pertelagahan yang berlaku antara kedua-dua belah pihak.

Dalam pada itu, Karim mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Shabery atas kesediaan beliau yang menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara KOAM dan MOM.

''Kita berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan kerana mengambil berat terhadap masalah yang menimpa kami dan di sini saya ingin menjelaskan bahawa masalah tersebut tidak wujud lagi.
''Kita telah pun berbincang dengan Presiden, Datuk Seri Shahidan Kassim dan beliau sendiri telah meminta kita bertemu dengan MOM untuk menyelesaikan hal ini,'' ujarnya.

Walaupun, masalah dengan MOM telah selesai, beliau memberitahu, pihaknya akan bertemu dengan Ahmad Shabery untuk memohon bantuan bagi menyelesaikan mengenai isu tunggakan lain.

Sementara itu, mengulas mengenai penghantaran atlet ke Sukan Komanwel di New Delhi, Karim mengesahkan seramai tujuh atlet olahraga akan berangkat ke India bagi menyertai temasya tersebut.
Menurut beliau, atlet-atlet tersebut ialah Teoh Boon Lim dan Lo Choon Seng bagi acara 20km jalan kaki, Lee Hup Wei (lompat tinggi), M. Vadivelan (800m dan 1,500m), Roslinda Samsu (lompat bergalah), P. Yuvaraj (400m) dan Siti Zubaidah Adabi (100m).

Tambahnya, buat masa ini, KOAM sedang memantau perkembangan atlet-atlet berkenaan dan sekiranya bebas daripada kecederaan, maka, mereka akan ke New Delhi pada 1 Oktober ini.



Oleh AIZAWATI AHMAD
sukan@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...