Skip to main content

PTC low class bagi atlet kita?


Jorge Diaz (kanan) mengendalikan latihan seorang atlet dari luar di Pusat Latihan Berprestasi Tinggi Asia dekat Bukit Jalil. Turut memantau latihan ialah Marina Andreena (tengah).


KUALA LUMPUR - Apabila memperkatakan mengenai prasarana sukan olahraga, Malaysia merupakan antara negara yang memiliki kemudahan fasiliti yang serba lengkap.

Kita boleh berbangga dengan penubuhan Pusat Latihan Berprestasi Tinggi (HPTC) Asia yang beroperasi di Bukit Jalil, sejak Mac 2006.

Malangnya, penubuhan HPTC masih tidak mampu membawa perubahan kepada sukan olahraga negara yang saban tahun kian suram.

Sampai bila, Malaysia harus bergantung harapan kepada atlet senior yang sama untuk meraih pingat, sedangkan atlet muda gagal digilap untuk dijadikan sebagai pelapis masa depan.

Apa yang lebih menyedihkan, kewujudan HPTC seolah-olah dipandang sepi atlet kebangsaan, yang lebih berminat mengikuti latihan di luar negara, sekali pun, mereka menyedari Malaysia turut memiliki kepakaran yang tidak kurang hebatnya.

Di manakah silapnya? Sehingga kini HPTC lebih banyak menabur jasa buat atlet antarabangsa yang datang dari merata dunia untuk mengikuti sesi latihan intensif dengan dua jurulatih yang dilantik oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF).

Apakah yang perlu HPTC lakukan bagi menarik atlet kebangsaan untuk mengikuti latihan di pusat tersebut di bawah jurulatih pecut dari Cuba, Jorge Diaz dan bekas jaguh dunia lompat bergalah Rusia, Marina Andreena.
Penulis berkesempatan menemubual Pengarah HPTC, Mohd. Musa Noor Mohd. untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu tersebut.

Tanpa menyalahkan mana-mana pihak, Mohd. Musa mengakui, sememangnya tidak ramai atlet negara yang mengikuti latihan di HPTC dan setakat ini, hanya atlet 100 meter, 200m dan 400m, Idris Zakaria yang menyertai HPTC.

''Sukar untuk saya jelaskan, mengapa atlet kita kurang berminat untuk berlatih di HPTC sedangkan kita memiliki dua jurulatih yang memiliki kemahiran dan kepakaran tinggi dalam bidang masing-masing," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Jalil.

Menurut Musa, kepakaran yang ada di HPTC lebih banyak dimanfaatkan oleh atlet luar, yang menjadikan tempat itu sebagai pusat sehenti sebagai persediaan untuk mereka menyertai pertandingan di Asia.
Jelas beliau, HPTC sering kali digunakan oleh atlet-atlet berkenaan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan pemakanan di Asia, selain, menyedari kepakaran yang ada di sini mampu membantu meningkatkan prestasi mereka.

''Atlet-atlet ini datang silih berganti dan mereka biasanya diberikan biasiswa oleh IAAF untuk mengikuti latihan di HPTC. Mereka datang dari pelbagai negara antaranya England, Sri Lanka, Indonesia, Uzbekistan, Nepal, Iran, Pakistan, Oman dan banyak lagi," ujarnya.

Namun, Mohd. Musa memberitahu, senarionya berbeza pula kepada atlet kebangsaan yang lebih selesa berkelana di luar negara sedangkan kemudahan yang ada di Bukit Jalil sudah cukup lengkap.

Ketika ditanya mengenai keserasian yang mungkin tidak wujud antara jurulatih yang dilantik dengan atlet negara, Mohd. Musa berkata, setiap latihan bagi meningkatkan prestasi seseorang atlet bukan melalui jalan singkat, sebaliknya memerlukan masa untuk mereka menyesuaikan diri.

''Sebagai contoh, untuk menjadi atlet mengadaptasi corak latihan yang diguna pakai oleh jurulatih sahaja, atlet memerlukan tempoh enam hingga sembilan bulan agar mereka memahami perkara pokok mengenai latihan yang diterapkan.

''Selepas itu, mereka memerlukan masa selama satu setengah tahun untuk memberikan tumpuan terhadap prestasi pula kerana inilah sistem yang diguna pakai oleh mana-mana jurulatih profesional.
''Untuk melahirkan jaguh dunia bukan hanya boleh dilakukan sekelip mata, kerana, seseorang atlet itu memerlukan tempoh yang cukup panjang sebelum mereka benar-benar bersedia untuk menjadi yang terbaik," jelasnya.

Beliau berkata, ini yang perlu difahami oleh atlet Malaysia sekiranya mereka bercita-cita untuk menjadi seorang atlet yang hebat kerana perkara utama yang perlu dipupuk ialah kesabaran dan disiplin yang tinggi.
''Tidak ada jalan singkat untuk berjaya dan apa yang saya khuatir rata-rata atlet kita lebih percaya kepada jurulatih peribadi yang kadang kala memberikan mereka informasi yang salah sehingga mereka keberatan untuk cuba mengikuti latihan di HPTC," katanya.

Menurut Mohd. Musa, sikap dan cara berfikir menjadi perkara utama yang perlu diubah oleh atlet kebangsaan jika berhajat untuk melangkah jauh dalam bidang yang mereka ceburi.

Sementara itu, Jorge ketika ditemui turut meluahkan pendapat yang sama. Sejak beliau melangkah kaki ke HPTC setahun lebih yang lalu, tidak ramai atlet kebangsaan yang datang untuk berguru di pusat tersebut.
Jorge berkata, dilimpahi dengan kemewahan menjadikan atlet Malaysia kurang berusaha untuk mengejar cita-cita sebagai seorang jaguh yang hebat di pentas dunia.

''Senario ini amat berbeza ketika saya berkhidmat di Cuba dan Nigeria, di mana saya lihat mereka amat berbangga kerana dapat mewakili negara mereka, tetapi, situasinya berbeza dengan atlet Malaysia," katanya.
Menurut Jorge, dia berasa pelik, sewaktu mula-mula bertugas di HPTC, tidak ramai atlet kebangsaan yang mahu memanfaatkan kemudahan dan kepakaran yang ada di pusat tersebut, sedangkan ramai atlet yang datang dari negara kurang berkemampuan mendambakan fasiliti seumpama itu.

Dalam pada itu, atlet 100m lari berpagar Sri Lanka, Amali Wijesinghe, 20, yang mengikuti latihan di HPTC, memberitahu, sejak dia diletakkan di bawah bimbingan Jorge, banyak perubahan yang dapat dilihat terutamanya pada catatan masa yang dilakukan.

Jelas Amali, sesi latihan kali ini, merupakan yang kedua untuknya selepas menyertainya buat pertama kali pada April lalu.

Jika atlet asing mampu menghargai kepakaran HPTC, mengapa tidak atlet Malaysia, mungkin sudah tiba masanya persepsi terhadap pusat latihan tersebut diubah agar kepakaran yang ada di tanah air sendiri dimanfaatkan sepenuhnya.

Mungkin, apa salahnya jika HPTC melakukan sesuatu untuk mencari formula terbaik bagi menarik minat atlet kebangsaan menyertai sesi latihan di dalam negara.



Oleh AIZAWATI AHMAD
sukan@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...