Skip to main content

'Tidak timbul soal berat sebelah'

TIADA dilema mahupun kontroversi sebenarnya berhubung pelantikan Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang berkuat kuasa kelmarin.

Hamidin, 45, yang merupakan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) sejak tahun 1998, memenangi kerusi Naib Presiden FAM pada kongres yang berlangsung 31 Julai lalu.
Ekoran popularitinya yang lebih menonjol berbanding ketua sekretariat persatuan bola sepak (FA) negeri lain, Hamidin dikatakan akan bersikap 'bias' atau berat sebelah kepada Selangor apabila memegang jawatan Pengerusi JKPT itu.

Namun Hamidin berkata, ia bukan suatu masalah besar kerana setiap individu dalam barisan Jawatankuasa Eksekutif FAM 2010-2014 telah memahami tugas dan peranan masing-masing dalam menggerakkan badan induk bola sepak negara itu.

"Majoriti ahli jawatankuasa eksekutif semuanya mempunyai jawatan penting dalam FA negeri masing-masing. Semuanya datang dari satu keluarga bola sepak.

"Dalam mesyuarat pertama semalam (kelmarin), semua ahli sudah jelas bahawa mereka tidak boleh 'bias' kepada negeri masing-masing dalam membuat keputusan.

"Bagi saya, apa yang lebih penting, seseorang individu itu ikhlas dalam menjalankan tugas yang telah diberi serta mampu memberi komitmen seratus peratus," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.



Apa yang dinyatakan Hamidin itu ada benarnya kerana Pengerusi JKPT sebelum ini, Datuk Che Mat Jusoh juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tetapi masih dapat menjalankan tugas tersebut dengan adil dan telus.

Jika bukan Hamidin pun yang dilantik memegang jawatan itu kelmarin dan seandainya Tan Sri Annuar Musa dipilih sekalipun, Timbalan Presiden FAM itu juga akan dianggap 'bias' kerana merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Begitu juga jika Datuk Abdullah Hishan Mohd. Hashim (Timbalan Presiden - Perak), Datuk Astaman Abdul Aziz (Timbalan Presiden - Kuala Lumpur), Mejar Rani Abdul Rahim (Setiausaha Kehormat - ATM) atau Dr. Hamdan Mohamed Khalib (Setiausaha Kehormat - Kedah) dilantik sebagai Pengerusi JKPT.

Dalam pada itu, Hamidin turut berharap Abdullah Hishan yang menggantikannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Futsal & Bola Sepak Pantai FAM dapat meneruskan kecemerlangan keduadua sukan baru tersebut.

"Saya yakin dan berharap beliau dapat meneruskan kesinambungan apa yang telah saya buat sepanjang memegang jawatan pengerusi dan pengurus pasukan futsal sejak 2007.

"Saya sudah lama dengan jawatankuasa futsal bermula sebagai ahli dari 2002 hingga 2004 sebelum menjadi timbalan pengerusi dari 2005 hingga 2007. Rasa sedih itu tetap ada," jelas Hamidin.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...