Skip to main content

Tiket Sukan Asia Di Guangzhou Mula Dijual Oktober Ini

SINGAPURA, 24 Ogos (Bernama) -- Sejumlah tiga juta tiket untuk menyaksikan Kejohanan Sukan Asia di Guangzhou, China yang dijadual berlangsung mulai 12 Nov hingga 27 Nov depan, akan dijual kepada umum Oktober ini.

Tiket-tiket itu berharga antara 10 yuan dan 400 yuan, atau 88 yuan secara purata, bagi membolehkan peminat sukan menyaksikan sejumlah 42 acara yang dipertandingkan pada kejohanan itu, kata anggota jawatankuasa penganjur sukan tersebut, Ji Lei pada sidang akhbar di sini pada Selasa.

Beliau berkata edisi di Guangzhou tahun ini juga menyaksikan bilangan peserta paling ramai menyertai termasuk 28 acara Olimpik dan 14 acara bukan Olimpik, selain bakal mencatat sejarah sebagai Sukan Asia terbesar pernah dianjurkan.

Kira-kira 12,000 atlet dan pegawai pasukan, 6,500 pegawai teknikal, 10,000 wartawan serta lebih 2,000 anggota Majlis Olimpik Asia dari 45 negara, dijangka memeriahkan sukan tersebut.

Jawatankuasa penganjur Sukan Asia Guangzhou kini berada di sini dan mengambil kesempatan mengumumkan persediaan dan promosi sukan itu ketika temasya Sukan Olimpik Belia sedang berlangsung.

Ji juga berkata persediaan asas Sukan Asia yang mengambil masa hampir enam tahun, kini telah siap sepenuhnya dan mereka kini di peringkat akhir dalam menyiapkan 70 venue sukan di Guangzhou dan bandar lain termasuk Foshan, Dongguan dan Shanwei, yang dijangka siap bulan depan.

Beliau berkata empat sukan utama iaitu sukan tarian, perahu naga, sukan ekstrem dan kriket, selain dua permainan papan kuno Cina iaitu Weiqi serta Xiangqi, akan dipertandingkan buat pertama kalinya pada temasya Sukan Asia itu.

Selain itu, atlet wanita juga buat pertama kalinya berpeluang mengambil bahagian dalam acara gusti, Kabbadi, polo air, kriket, sukan ekstrem, perahu naga, Weiqi dan Xiangqi, yang dipertandingkan untuk kesaksamaan gender, katanya.

Untuk keterangan lanjut mengenai tempahan tiket, orang ramai boleh melayari laman web www.tickets.gz2010.cn.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...