Skip to main content

Ramai sokong mansuh kategori B, kawalan ketat atas bahu persatuan

KUALA LUMPUR - Sudah tiba masanya bagi atlet yang terus gagal menyerlah di arena antarabangsa berundur demi kemajuan sukan.
Itu pandangan tokoh akademik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim yang bersetuju cadangan memansuhkan kategori B kerana jika diteruskan ia akan menyekat peluang bakat-bakat baru.
''Sepatutnya sistem pencarian bakat di peringkat sekolah, seperti mana yang dilakukan di masa dahulu, terus dikekalkan. Dulu sekolah menjadi tempat ahli sukan diberi galakan dan bantuan tetapi sekarang, semua itu tidak berlaku lagi.

"Ini berterusan sehingga kita sukar untuk menggantikan atlet yang sekarang terdiri daripada golongan tua," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Kay Kim menjelaskan, dunia sukan negara kini tidak melalui proses perkembangan, sebaliknya terus menemui kemerosotan, oleh itu persatuan harus memainkan peranan utama memberi fokus menggilap bakat muda.
Nada serius yang dilontarkan Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad berhubung cadangan memansuhkan atlet kategori B, ternyata turut mendapat perhatian penggiat sukan.

Bagi Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Karim Ibrahim, beliau menyarankan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mahupun Majlis Sukan Negara (MSN) mengambil tindakan tegas menggugurkan sahaja mereka yang tidak layak.
"Semua pihak harus sedar kejohanan seperti Sukan SEA bukan tempat untuk memberi pendedahan atau pengalaman kepada atlet kategori B," ujarnya.

Karim mendakwa, langkah memberi peluang kepada atlet yang tidak layak ternyata memberi kesan negatif kepada persatuan.

"Ada atlet dihantar ke sesebuah kejuaraan walaupun mereka ini jelas sekali tidak layak. Itu mengelirukan persatuan apabila kami sendiri tahu atlet tersebut itu tidak berkemampuan tetapi oleh kerana alasan mahu membuka peluang atau pendedahan di kejohanan besar, kita terpaksa akur," jelasnya.

Turut menyokong usaha itu adalah Pengarah Pusat Latihan Berprestasi Tinggi (HPTC) Asia, Mohd. Musa Noor Mohd. yang mahukan Malaysia mengutamakan atlet kategori A sahaja seperti negara maju lain.
"Malaysia dianggap sebagai sebuah pusat kecemerlangan sukan terbaik rantau ini dan ini menyebabkan saya tidak faham mengapa perlu wujudnya atlet kategori B.

"Jika situasi ini dikekalkan, ia mampu merosakkan prestasi di masa depan kerana jelas sekali ia tidak memberi manfaat kepada perkembangan sukan negara," tegasnya.
Ditanya apa mekanisme terbaik, Musa berkata, ia patut dimulakan oleh persatuan yang harus bertegas dalam memilih atlet.

Legenda trek negara, Datuk Paduka Mumtaz Jaafar pula mengatakan terdapat pro dan kontra jika pemansuhan kategori B.

"Jika menggugurkan atlet kategori ini mampu memperlihatkan perkembangan sukan negara, jadi saya sokong ia diteruskan, namun kita kena tahu, mungkin terdapat kelemahan di situ.

"Oleh itu, MOM sendiri harus mengubah cara, mungkin lebih selektif dalam pemilihan atlet namun atlet itu sendiri kena mula berdaya saing yang lebih agar mampu mara berada di dalam kategori A," jelasnya.



Utusan Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...