Skip to main content

YOG tidak boleh dijadikan penanda aras kemampuan atlit

KEJAYAAN atau kegagalan kontinjen muda negara dalam saingan Olimpik Remaja (YOG) 2010 yang sedang berlangsung di Singapura, tidak boleh dijadikan penanda aras kemampuan sebenar atlit disebabkan syarat dan peraturan yang tidak selaras dengan kejohanan remaja antarabangsa lain.

Malah, ada yang menganggap Olimpik Remaja sebagai acara `syok sendiri negara republik itu kerana menampilkan banyak acara dan kategori sukan tidak berkualiti hingga menyaksikan kebanyakan persatuan sukan di negara ini tidak menghiraukan temasya berkenaan.

Pengarah Bahagian Atlit Majlis Sukan Negara (MSN), Ahmad Shapawi Ismail, berkata sasaran satu pingat sebenarnya sudah dicapai tetapi masih banyak isu yang boleh diperkatakan berhubung YOG serta persediaan negara.

Sebenarnya sukar menilai prestasi atlit negara dalam edisi sulung YOG kerana tiada penanda aras sebelumnya untuk perbandingan. Kejayaan satu pingat perak daripada Pandelela Rinong boleh dianggap tidak mengecewakan kerana sebenarnya sukan terjun masih baru buat kita.

Tetapi kekalahan kita dalam badminton serta kebangkitan Thailand menguasai perseorangan lelaki dan wanita perlu membangkitkan rasa gusar kerana Malaysia sebelum ini dianggap kuasa badminton.

Ia juga membuktikan program pelapis Thailand lebih baik daripada kita, katanya.

Shapawi berkata, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) turut perlu memastikan aspek peraturan dan had umur penyertaan kejohanan ini selaras dengan kejohanan remaja antarabangsa lain serta mengangkat temasya itu menjadi platform untuk Olimpik sebenar.
Kita melihat kejohanan ini hanya membabitkan remaja Bawah 18 tahun, menyebabkan sukar bagi persatuan menyediakan atlit kerana perbezaan had umur kejohanan remaja lain, katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Sieh Kok Chi turut mengakui persatuan sukan negara ini tidak memberikan fokus terhadap YOG disebabkan banyak kekeliruan yang timbul terutama mengenai had umur, syarat kelayakan dan bilangan penyertaan atlit.

Perkara ini perlu diperhalusi IOC bagi memastikan Olimpik Remaja tidak dianggap sebagai kejohanan remeh, katanya.



BErita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...