Skip to main content

Aidilfitri di Slovakia


BERSALAMAN bersama-sama rakan sepasukan ketika menyambut
aidilfitri di Slovakia.



PEMAIN skuad Harimau Muda yang beragam Islam menunaikan solat sunat aidilfitri serta bertakbir raya pada pagi Syawal.



PEMAIN-PEMAIN skuad Harimau Muda menjamu selera ketika menyambut
aidilfitri di hotel penginapan mereka di Slovakia.


BIARPUN jauh di perantauan, barisan pemain dan pegawai skuad bawah 21 tahun kebangsaan, Harimau Muda A tetap menyambut pagi Syawal kelmarin dalam suasana meriah, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.
Skuad Harimau Muda A telah berlepas ke Zlate Moravce, Slovakia pada 2 September lalu untuk menjalani latihan dan siri perlawanan persahabatan selama tiga bulan sehingga penghujung November depan.
Selepas mengharungi dua aksi sulung ketika bulan Ramadan, pemain-pemain Harimau Muda A tidak ke- tinggalan menyambut Aidilfitri dengan menunaikan solat sunat Aidilfitri di tempat penginapan mereka, Hotel Vion.

Sambutan tersebut bukan saja diraikan 20 pemain Harimau Muda A yang beragama Islam, malah baki lima pemain yang bukan beragama Islam turut sama memeriahkan suasana.

Kapten pasukan, K. Gurusamy dan Gary Steven Robbat juga dilihat sama-sama mengenakan baju Melayu.
Turut serta, penolong jurulatih Harimau Muda A, Hassan Sazali Mohd. Waras dan fisioterapis pasukan, Mohd. Nasrul Ahmad Tajuddin.

Skuad Harimau Muda A yang dibimbing ketua juru- latih, Ong Kim Swee boleh dikatakan telah menampil- kan aksi membanggakan pada dua perlawanan sulung mereka menentang kelab-kelab Liga 1 Slovakia setakat ini.

Setelah tewas 1-3 kepada MFK Ruzomberok B pada perlawanan pertama Ahad lalu, mereka berjaya mengikat FC Petrzalka 2-2 pada perlawanan kedua Selasa lalu.

Perlawanan ketiga bakal berlangsung pada Selasa ini iaitu menentang Slovan Duslo Sala dan semangat Aidilfitri pastinya melonjak keinginan para pemain Harimau Muda A untuk mencatat kemenangan sulung.


Kosmo

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...