Skip to main content

Aspek kesihatan terjamin

KUALA LUMPUR - Walaupun pelbagai kerisauan mengenai tahap kesihatan di New Delhi sepanjang Sukan Komanwel Ke-19, atlet negara diberi jaminan bahawa segala-galanya terkawal.
Wabak denggi yang dikatakan serius di ibu negara tersebut, bukan masalah kepada atlet negara, kerana penganjur diyakini akan berusaha memastikan tahap kesihatan para sentiasa dijaga.


Ketua kontijen negara, Tan Sri Halil Mutalif, berkata laporan yang diterima dari pegawai kesihatan Malaysia yang memantau keadaan di India, setakat semuanya dalam keadaan baik.
"Atlet dan pegawai kita tidak perlu bimbang dengan tahap kesihatan di sana, asalkan mereka mengikut arahan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh pasukan perubatan Malaysia.

"Selagi mereka berada dalam kawasan perkampungan sukan, risiko penyakit adalah tipis, berbanding keadaan di luar kawasan tersebut.

"Di New Delhi nanti, terdapat pusat-pusat kesihatan yang disediakan oleh pihak penganjur untuk memastikan tahap kesihatan atlet sentiasa dalam keadaan baik," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat dengan para pegawai yang terlibat dengan Sukan Komanwel di sini, semalam.

Beliau turut mengulas kebimbangan kontijen Malaysia untuk mendapatkan sumber air bersih, bagi mengelak dijangkiti penyakit seperti cirit-birit.

"Atlet tidak perlu khuatir untuk mendapatkan air bersih, kerana penganjur bersetuju untuk membekalkan air mineral kepada setiap atlet.

"Air mineral yang dibekalkan disahkan, bersih dan selamat'' katanya.
Mengenai isu keselamatan, beliau berkata, kontinjen negara membawa seorang pegawai polis yang akan bekerjasama dengan pihak keselamatan India, untuk memantau aspek keselamatan di sepanjang temasya tersebut.


Oleh MOHD. HASRIQ AMIRUDDIN
sukan@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Harga Tiket Piala Thomas Tidak Mahal - Shabery

PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Rakyat Malaysia tidak harus memikirkan bahawa harga tiket bagi menyaksikan kejohanan Piala Thomas bulan depan sebagai mahal, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata mereka seharusnya berfikiran bahawa pembelian tiket bagi menyaksikan kejohanan itu sebagai menghargai pengorbanan pemain negara serta peluang menyaksikan kejohanan berprestij, yang kali terakhir diadakan di Malaysia pada 1992, bukanlah sesuatu yang biasa. "Tak mahal sangat kalau kita fikirkan daripada segi sumbangan atlet itu. Mereka (atlet) setiap hari berlatih antara enam hingga lapan jam untuk menaikkan nama negara... kena jaga makan, tidur dan gaya hidup. "Atlet ini perlu dibiayai di samping penganjuran Piala Thomas itu besar. Kita tak suruh rakyat Malaysia berlatih sampai enam jam, jaga makan atau tidur. Cuma kita minta mereka beli tiket," katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran Larian Antarabangsa Ekiden Malaysia 201...