Skip to main content

BAM masih buat kajian

CADANGAN penggabungan Akademi Badminton Negara dan Akademi Berbasikal di velodrom tertutup yang dirancang pembinaannya di Vision Valley, Labu di Negeri Sembilan, memerlukan kajian lanjut mengenai kesesuaiannya.
Naib Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohamed Al-Amin Abdul Majid berkata, satu kajian kini dilakukan satu jawatankuasa persatuan induk badminton itu, namun belum ada keputusan dibuat mengenai kesesuaian penggabungan tersebut.

"Jika dilaksanakan, akademi itu dijadualkan siap pada 2012, lengkap dengan infrastruktur berteknologi terkini untuk atlet dan bakal menggantikan Akademi BAM yang kini terletak di Stadium Badminton Kuala Lumpur di Cheras," katanya semalam.

Dua tahun lalu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengenal pasti satu tapak di Taman Maluri, Cheras untuk dijadikan Pusat Kecemerlangan Badminton negara.
Namun pada tahun lalu, KBS memilih satu tapak baru yang dirasakan lebih sesuai di Jalan Coch- rane, Cheras seluas 3.3 hektar tetapi terpaksa melupakan hasrat berkenaan kerana tanah milik Jabatan Alam Sekitar itu sangat tinggi.

Awal bulan lalu pula, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mengumumkan pembinaan Akademi Badminton Kebangsaan di Labu, Negeri Sembilan.
Ahmad Shabery kemudiannya mengumumkan pembinaan velodrom tertutup di lokasi sama bagi tujuan penubuhan Akademi Berbasikal Negara.

Mohamed Al-Amin berkata, BAM difahamkan, Akademi Badminton Negara di Labu itu akan di- gabungkan dengan akademi sukan-sukan yang lain.

"Cadangan agar Akademi BAM dipindahkan ke tempat itu sememangnya dialu-alukan, namun kita perlulah mengkaji adakah langkah berpindah ke Labu mendatangkan impak maksimum kerana kebanyakan pemain badminton elit dan pelapis, mengaku lebih selesa jika akademi itu dibina di sekitar Kuala Lumpur.
"Kita nak cari 'rumah' sendiri yang merangkumi pusat latihan, gimnasium, pembangunan dan penyelidikan, kemudahan hostel, serta prasarana mencukupi," katanya. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...