Skip to main content

Iryani kembali memburu impian


DETIK manis buat Nor Iryani (kanan) selepas muncul juara acara triple pada Sukan SEA 2005 di Manila, Filipina bersama Haslah Hassan (kiri) dan Azlina Arshad.


SELEPAS 'hilang' seketika, Nor Iryani Azmi kini kembali mewarnai arena sukan boling padang tanah air.
Mula membarisi skuad elit negara pada usia 18 tahun, Iryani mempunyai alasan mengapa dia terpaksa menyepikan diri daripada sukan boling padang selama tiga tahun.
Ini kerana, anak jati kelahiran Taiping, Perak itu menyambung pengajiannya di peringkat diploma dalam jurusan Multimedia Pengiklanan dan Penyiaran di Universiti Kreatif Teknologi LimKokWing bermula awal tahun 2007.

Hasrat tersebut disokong sepenuhnya oleh Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM) biarpun menyedari Iryani pada ketika itu berada di kemuncak prestasinya.

"Bagi saya, pelajaran itu penting dan disebabkan itu, saya mengambil keputusan untuk berhenti seketika daripada membabitkan diri dalam sukan boling padang.
"Saya bersyukur kerana PLBM turut memberi galakan kepada saya, malah mereka telah berusaha untuk mendapatkan biasiswa buat saya.

"Sepanjang tiga tahun di LimKokWing, yuran pengajian saya ditanggung sepenuhnya oleh Sime Darby," jelas Iryani.

Kini, selepas sahaja tamat pengajian, PLBM tidak teragak-agak memanggil semula Ir- yani bagi memperkuatkan cabaran Malaysia menghadapi Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India bulan depan.
Namun, mungkin ada yang menganggap Iryani perlu diberikan masa untuk dia kembali menyesuaikan diri selepas berehat dalam tempoh jangka masa yang panjang.

Begitupun, berdasarkan pencapaian yang pernah dilakar Iryani suatu ketika dahulu, kredibiliti atlet berusia 24 tahun ini tidak perlu dipertikaikan lagi.
Untuk rekod, Iryani telah berjaya menggegar pentas boling padang dunia apabila meraih pingat emas dalam acara single pada Kejohanan Dunia 2005 di New Zealand.
Sejak itu, nama Iryani mula menjadi sebutan di kalangan kuasa-kuasa besar dalam sukan boling padang dunia seperti New Zealand dan Australia.

Bermula dengan kejayaan di bumi New Zealand itu, kejayaan demi kejayaan berjaya dicipta oleh anak sulung daripada tujuh adik-beradik ini termasuk meraih pingat perak acara triple pada Kejohanan Boling Padang Asia Pasifik 2005.

Kejayaan tersebut tidak terhenti begitu sahaja apabila Iryani terus mengharumkan nama negara menerusi sukan boling padang di pentas antarabangsa.
Antaranya, pingat emas acara triple pada temasya Sukan Komanwel 2006 di Melbourne, Australia serta Sukan SEA 2005 di Manila, Filipina.
Pencapaian terakhir Iryani sebelum dia meneruskan pengajian- nya ialah meraih pingat perak pada Kejohanan Tertutup Dunia 2006 di Guernsey.
Berdasarkan kejayaan demi kejayaan yang dikecapinya itu, tidak hairan jika Iryani pernah bergelar sebagai pemain No. 3 dunia sebelum dia berundur seketika di pentas boling padang antarabangsa.
"Segala kejayaan yang saya kecapi ketika itu sememangnya suatu yang membanggakan, namun ia adalah hasil usaha keras saya selama ini," kata Iryani yang pada awalnya turut berkecimpung dalam sukan bola baling dan olahraga.

Selepas diberi peluang membarisi semula skuad elit, Iryani ti- dak dapat menyembunyikan kegembiraannya selain menyimpan hasrat untuk menyumbang pingat emas buat kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel nanti.

Pada temasya tersebut, Iryani akan bergandingan bersama, Norhashimah Ismail dalam acara pairs.
"Sudah pasti, peluang yang diberikan ini akan saya gunakan sebaik mungkin bagi memperta- hankan pingat emas yang dimena- ngi pada temasya yang sama empat tahun lalu.

"Meskipun di Melbourne saya beraksi dalam acara triple tetapi saya tetap yakin kejayaan pasti menyebelahi kami andai kami melakukan yang terbaik," ujar Iryani yang mengakui dia lebih gemar beraksi dalam acara single.

Kini sama ada mampu atau tidak Iryani sekali lagi menggegarkan pentas boling padang dunia bakal terjawab selepas dia turun beraksi pada temasya Sukan Komanwel edisi ke-19 itu nanti.


Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...