Skip to main content

Kebangkitan kuartet 4x100m






SELEPAS 21 tahun, Malaysia kembali melahirkan kuartet 4x100 meter wanita.
Kebangkitan kuartet tersebut tampil penuh bergaya namun masih perlu digilap agar lebih berdaya saing di pentas antarabangsa, khususnya pada peringkat Sukan SEA dan Asia.
Sebagai permulaan, kuartet tersebut tampil dengan kejayaan memperbaharui rekod kebangsaan.
Ia hadir menerusi rangkaian pelari yang dibarisi Siti Zubaidah Adabi, Nor Jannah Hafizah Jamaludin, Yee Yi Ling dan Nurul Sarah Abdul Kadir.

Kuartet negara itu ternyata berada pada landasan terbaik apabila berjaya mencatatkan rekod baru 45.33 saat yang dilakukan pada Grand Prix (GP) Poland, Julai lalu.
Kejayaan tersebut sekali gus memadam rekod lama yang dicipta oleh kuartet yang dibarisi Anita Ali, G Shanti, Sajaratuldur Hamzah dan Mumtaz Jaafar yang melakukan catatan 45.37 pada Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur.

“Saya sebenarnya tidak menjangka yang kami (kuartet 4x100 meter) mampu untuk memecahkan rekod kebangsaan dan sudah pasti ia merupakan detik manis buat kami semua.
“Ketika beraksi di Poland, matlamat utama kami adalah untuk melakukan catatan terbaik bagi mengatasi catatan sebelum ini iaitu 45.69 saat yang dilakukan pada Sukan SEA Laos 2009.
“Namun, mungkin semuanya telah ditentukan apabila kami berjaya mencatatkan rekod baru dalam acara ini,” kata Siti Zubaidah yang kini diangkat sebagai ratu pecut negara berdasarkan catatan peribadi terbaiknya 11.81 saat.

Begitupun, sekiranya diamati kembali, Malaysia sebenarnya mengambil masa yang terlalu lama untuk melahirkan rangkaian pelari 4x100 meter berbanding negara jiran Thailand.
Tidak dinafikan, pencapaian yang dilakarkan kuartet negara itu memang suatu yang membanggakan namun persoalannya mengapa ia tidak mampu dilakukan sejak daripada dahulu lagi.

Adakah negara ketandusan pelari-pelari wanita yang berpotensi ataupun Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) tidak serius dalam usaha mereka menjalankan program-program daripada peringkat akar umbi?


HARUN (kiri) memerhati atlet didikannya menjalani latihan di Kompleks Sukan MSN di Bukit Jalil.



Jika dibandingkan dengan Thailand, mereka kini sudah boleh berbangga apabila memiliki rangkaian pelari 4x100 meter baik lelaki mahupun wanita yang tiada tandingannya.
Malah, Thailand juga merupakan kuasa besar dalam acara tersebut bukan sahaja di peringkat Asia Tenggara tetapi kualiti yang dimiliki pelari mereka turut digeruni di Asia.
Di manakah silapnya dan apakah kelemahan negara sehingga mengambil masa yang begitu lama untuk melahirkan rangkaian pelari wanita yang berkemampuan.

Bagi mengupas kegagalan membentuk kuartet terbaik dalam acara 4x100 meter wanita ini, ketua jurulatih olahraga negara, Harun Rasheed Othman menceritakan segalanya.
“Diakui, kita sememangnya ketandusan pelari wanita yang berkaliber kerana ada di kalangan mereka belum mampu merekodkan catatan masa yang baik.

“Bagi membentuk kuartet 4x100 meter yang mampu bersaing di pentas antarabangsa, seseorang pelari itu perlu merekodkan catatan peribadi di bawah 12 saat,” kata Harun kepada Kosmo! baru-baru ini.
Jika benar negara ketandusan pelari wanita yang berkaliber, perkara ini seharusnya dipandang serius oleh KOAM sebagai badan yang bertanggungjawab memastikan kemajuan sukan olahraga tanah air.
Program-program peringkat akar umbi perlu ditingkatkan lagi agar ia dapat memacu kemajuan sukan olahraga dan sekali gus mengharumkan nama Malaysia dipentas antarabangsa.

Bagaimanapun, KOAM tidak boleh memandang remeh terhadap program-program yang perlu dilakukan mereka kepada kuartet 4x100 meter wanita yang dimiliki ketika ini.
Ini kerana, peminat-peminat sukan olahraga tanah air sudah pastinya tidak mahu terus menunggu lebih lama bagi menyaksikan kuartet tersebut mencipta lebih banyak kejayaan.

Justeru, KOAM perlu memastikan rangkaian pelari yang dibarisi Siti Zubaidah, Nor Jannah, Yi Ling dan Nurul Sarah itu mendapat pendedahan yang secukupnya bagi meningkatkan lagi tahap prestasi mereka.
Perkara ini turut diakui oleh Harun yang sememangnya mahu melihat keempat-keempat anak didiknya itu tampil dengan lebih cemerlang di pentas antarabangsa.

“Bukan suatu yang mudah untuk kita melahirkan kuartet 4x100 meter yang berkualiti kerana ia perlu mengambil kira daripada setiap aspek.


WAJAH empat pelari yang akan menggalas cabaran negara dalam acara 4x100m.



“Mereka (kuartet 4x100 meter) perlu diberi pendedahan yang secukupnya menerusi penyertaan pada kejohanan-kejohanan kompetitif selain program-program latihan di luar negara.
“Jika perkara ini mampu direalisasikan, barulah kuartet tersebut dapat memupuk persefahaman antara satu sama lain dan seterusnya meningkatkan lagi prestasi mereka daripada masa ke semasa,” katanya.
Dalam pada itu, Harun turut menjelaskan bahawa teknikal semasa melakukan pertukaran baton antara pelari juga menjadi faktor kepada kejayaan sesebuah pasukan itu.

“Mereka mesti tahu apa yang perlu dilakukan sewaktu melakukan pertukaran baton. Tiada gunanya memiliki pelari terbaik Asia sekiranya gandingan empat pelari tersebut gagal berfungsi,” jelasnya.
Kini, kehebatan kuartet negara itu bakal teruji apabila mereka turun beraksi pada temasya Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China bermula pada 12 hingga 27 November depan.
Apa yang menariknya, penyertaan kali ini adalah berdasarkan merit selepas berjaya melepasi had kelayakan bagi beraksi pada temasya tersebut.
Sekalipun tidak meletakkan sebarang sasaran, keempat-empat pelari negara itu sudah mula memasang impian bagi menyumbangkan sekurang-kurangnya sebutir pingat buat kontinjen Malaysia.

“Memang kami tidak meletakkan sebarang sasaran kerana matlamat utama kami adalah cuba untuk memperbaiki catatan masa yang dimiliki ketika ini.

“Namun, tidak mustahil untuk kami menghadiahkan sebutir pingat buat kontinjen Malaysia nanti sekiranya kami mampu menunjukkan tahap persefahaman tinggi antara satu sama lain,” kata Nor Jannah.



Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...