Skip to main content

Perlu Kaji Semula Penyertaan Di New Delhi

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Majlis Olimpik Malaysia (MOM) perlu menilai semula situasi semasa di New Delhi sebelum kontinjen Malaysia berlepas ke sana untuk menyertai Sukan Komanwel pada Oktober ini, kata pengkritik sukan, Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

"Sekiranya penganjur masih gagal mengawal soal keselamatan, adalah lebih baik saya cadangkan kita menarik diri kerana soal keselamatan kontinjen tidak boleh dianggap sesuatu yang remeh," katanya ketika diminta mengulas mengenai isu keselamatan di ibu negara India itu.

Sebuah jambatan pejalan kaki yang sedang dalam pembinaan berhampiran Stadium Utama yang menjadi venue bagi acara pembukaan dan penutup kejohanan dilaporkan runtuh pada Selasa menyebabkan 20 pekerja pembinaan cedera.

Turut berlaku kejadian dua pelancong Taiwan cedera ditembak dua lelaki berhampiran Masjid Jama di New Delhi minggu lepas.

Khoo berkata isu keselamatan Sukan Komanwel pertama kali menjadi perhatian negara peserta sejak kejohanan diperkenalkan pada tahun 1930 di Kanada.

Dua insiden tersebut telah menimbulkan kerisauan beberapa negara peserta seperti New Zealand, England dan Australia dan ramai atlet mereka mengambil keputusan menarik diri daripada beraksi di New Delhi.

Beliau berkata dalam penganjuran mana-mana temasya, negara penganjur sepatutnya terlebih dahulu mempertimbangkan kemampuan mereka untuk mengawal pelbagai masalah terutama berkaitan isu keselamatan dan kesihatan sebelum membuat tawaran menjadi tuan rumah.

Namun Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) mempunyai pandangan yang berbeza daripada Khoo.

Timbalan presidennya Jamal Abdul Nasir Bakar berkata PLBM percaya dengan keputusaan yang dibuat oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk terus menghantar atlet ke New Delhi.

"Isu keselamatan dan wabak penyakit tidak perlu menjadi kerisauan atlet kerana MSN telah menyediakan persiapan yang sewajarnya bagi menghadapi sebarang risiko yang berlaku di sana nanti," katanya.

Beliau berkata walaupun skuad boling padang negara merupakan pasukan pertama dalam kontinjen Malaysia yang akan berlepas ke New Delhi Jumaat ini, namun semua anggota skuad tersebut berasa yakin dengan jaminan keadaan keselamatan di sana.

"Pasukan perubatan dari Insitut Sukan Negara dan petugas MSN akan bertolak ke New Delhi esok bagi membuat persiapan awal sebelum kita bertolak pada Jumaat," katanya.

Jamal Abdul Nasir berkata pihaknya tidak risau dengan sebuah veneu boling padang yang masih belum siap kerana skuad negara boleh berlatih di dua veneu yang telah disiapkan.

Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia Karim Ibrahim pula berkata beliau menyerahkan isu keselamatan di New Delhi kepada MOM dan MSN.

"MOM dan MSN mempunyai jawatankuasa khusus dalam perkara ini, adalah lebih baik mereka membuat keputusan mengenai perkara ini," katanya.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...