Skip to main content

Tiada sasaran pingat di Komanwel - PHM

KUALA LUMPUR - Tiada sasaran pingat diletakkan pada Sukan Komanwel 2010 di New Delhi.
Itu kata skuad hoki kebangsaan. Namun, Malaysia tetap mahu melakukan yang terbaik pada temasya tersebut sebagai persedian untuk cemerlang pada Sukan Asia di Guangzhou pada November ini.

Timbalan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Nur Azmi Ahmad berkata, Sukan Komanwel kali ini lebih kepada persediaan terbesar bagi pasukan negara kerana mereka bakal bertemu pasukan yang kuat seperti India, Pakistan dan Australia.

Menurut Nur Azmi, beliau juga yakin 16 pemain yang dipilih untuk beraksi di New Delhi mampu melakukan yang terbaik pada temasya itu.
''Kebanyakan yang kita pilih untuk ke Komanwel ini adalah yang terbaik dan kemungkinan mereka juga bakal beraksi di Guangzhou nanti.

''Kami tidak meletakkan apa-apa sasaran pingat pada Komanwel ini kerana matlamat utama kami adalah mahu memastikan skuad kita dapat melakukan yang terbaik di New Delhi sebagai persediaan untuk mendapatkan emas di Sukan Asia,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.


Kesemua mereka kini menjalani latihan dalam negara dan bakal menentang New Zealand pada perlawanan persediaan sebelum berangkat ke New Delhi.
Nur Azmi berkata, pada Sukan Asia, November ini pasukan kebangsaan perlu memberikan tumpuan kepada pasukan dari Korea dan China yang dijangka berada dalam satu kumpulan yang sama.

''Jika kita dapat mengatasi dua pasukan itu di peringkat kumpulan pasti peluang untuk pasukan kita mara ke peringkat separuh akhir dan akhir cerah.

''Saya tahu semua peminat hoki di negara ini mahu pasukan kita melakukan yang terbaik kami juga telah berazam untuk memastikan pasukan hoki kita dapat memperoleh keputusan yang jauh lebih baik daripada Sukan Asia yang terdahulu,'' ujarnya.

Nur Azmi juga mahu semua pemain skuad hoki kebangsaan dapat menutup kalendar 2010 dengan keputusan cemerlang hasil daripada usaha berterusan pihak PHM bagi memastikan pasukan negara gah di arena antarabangsa.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Harga Tiket Piala Thomas Tidak Mahal - Shabery

PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Rakyat Malaysia tidak harus memikirkan bahawa harga tiket bagi menyaksikan kejohanan Piala Thomas bulan depan sebagai mahal, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata mereka seharusnya berfikiran bahawa pembelian tiket bagi menyaksikan kejohanan itu sebagai menghargai pengorbanan pemain negara serta peluang menyaksikan kejohanan berprestij, yang kali terakhir diadakan di Malaysia pada 1992, bukanlah sesuatu yang biasa. "Tak mahal sangat kalau kita fikirkan daripada segi sumbangan atlet itu. Mereka (atlet) setiap hari berlatih antara enam hingga lapan jam untuk menaikkan nama negara... kena jaga makan, tidur dan gaya hidup. "Atlet ini perlu dibiayai di samping penganjuran Piala Thomas itu besar. Kita tak suruh rakyat Malaysia berlatih sampai enam jam, jaga makan atau tidur. Cuma kita minta mereka beli tiket," katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran Larian Antarabangsa Ekiden Malaysia 201...