Skip to main content

4 acara jadi sandaran capai sasaran

KUALA LUMPUR - Sasaran sembilan pingat emas mampu dicapai pada Sukan Asia di Guangzhou bulan depan, jika empat sukan utama yang dipertaruhkan harapan, mampu mempamer aksi cemerlang pada temasya tersebut.

Empat sukan yang disandarkan untuk merealisasikan sasaran pingat emas ialah boling, badminton, skuasy dan basikal trek.

Ketua kontinjen Malaysia ke Sukan Asia, Datuk Zolkples Embong berkata, sekiranya sukan lain seperti wusyu, karate, pelayaran dan ekuestrian dapat menyumbang pingat, mungkin lebih banyak emas dapat diraih, lebih daripada yang disasarkan.

''Jika sukan boling dapat mengekalkan prestasi seperti pada Sukan Asia 2006 di Doha, yang menyumbang tiga pingat emas, selain tambahan daripada sukan yang kita letakkan harapan tinggi, tentunya laluan untuk mencapai sasaran sembilan pingat emas, dapat dicapai.
''Malah, boling dan badminton sering memberikan kita pingat apabila beraksi di peringkat Asia,'' katanya, semalam.

Zolkples berkata, skuasy juga antara acara yang mampu memberikan lebih daripada satu pingat emas, menerusi pemain No. 1 dunia, Datuk Nicol David dan Mohd. Azlan Iskandar.
''Sungguhpun cabaran acara skuasy pada Sukan Asia lebih rendah dari Komanwel, saya tidak rasa pasukan skuasy kita akan memandang rendah keupayaan lawan mereka.

''Malah, skuad skuasy kita pastinya akan berusaha lebih kuat untuk mendapatkan pingat emas.
''Saya harap semua atlet kita dapat mengekalkan prestasi mereka, selain sentiasa menjaga mutu kesihatan, agar tidak menghadapi sebarang masalah nanti,'' jelas Zolkples.

Sementara itu, katanya acara yang menyumbang pingat emas pada Sukan Komanwel, seperti menembak, terjun dan gimrama, mungkin berdepan kesukaran untuk mengulangi kejayaan tersebut, kerana negara Asia lain akan memberikan saingan yang jauh lebih hebat.

''Atlet dari Jepun, Korea serta China, malah beberapa negara Asia yang akan menyertai Sukan Asia, pastinya akan memberikan cabaran yang lebih sukar kepada pasukan kita di sana nanti.
''Namun, siapa boleh jangka mungkin acara-acara tersebut dapat mengulangi kejayaan yang sama, itu semua boleh berlaku tanpa kita duga,'' katanya.


Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...