Skip to main content

Ahmad Sarji janji selesai segera


Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid


KUALA LUMPUR – Presiden Persekutuan Lawn Bowl Malaysia (PLBM), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid memandang serius dakwaan pemain tentang wujudnya ‘gangguan’ serta masalah dalam skuad negara pada Sukan Komanwel di New Delhi, baru-baru ini dan berjanji akan mengambil tindakan segera.

Jaminan tersebut diberikan Ahmad Sarji selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan pemain di Bukit Kiara semalam, yang turut dihadiri ratu boling padang, Siti Zalina Ahmad pemain yang terjejas teruk ekoran ‘gangguan’ yang dikatakan hadir pada hari terakhir temasya XIX itu.

Pertemuan yang berlangsung hampir dua jam itu menjadi sesi buat pemain meluahkan segala ketidakpuasan yang dipendam mereka, selain menjelaskan kepada presiden mengenai apa yang berlaku sepanjang di New Delhi hingga menyebabkan sasaran empat pingat emas yang diletakkan oleh persatuan gagal dipenuhi.

Pertemuan tersebut hanya melibatkan presiden dan pemain tanpa kehadiran pengurus pasukan Sukan Komanwel, Jamal Abdul Nasir Bakar dan ketua jurulatih, Ariffin Abdul Ghani.
Semua pemain yang beraksi di India hadir kecuali jaguh perseorangan, Safuan Said dan pemain trio, Syed Mohamad Syed Akil yang mempunyai masalah keluarga.

Siti Zalina ketika dihubungi mengesahkan mengenai pertemuan tertutup yang diadakan dengan presiden PLBM itu, namun enggan mendedahkan secara terperinci perkara yang dibincangkan. Begitupun dia mengakui, semua pemain meninggalkan bilik mesyuarat dengan penuh kelegaan.

“Saya rasa amat lega selepas pertemuan ini. Presiden memberi peluang sepenuhnya kepada kami untuk bercerita dan meluahkan semua yang terpendam dan rasa tidak puas hati selama ini. Apa yang melegakan, beliau memberi respons yang sangat... sangat positif atas luahan kami.

“Presiden tidak menyalahkan pemain atas apa yang berlaku di New Delhi, malah berjanji akan mengambil tindakan segera atas segala isu yang dibangkitkan. Beliau tidak mahu masalah ini terus berpanjangan, sebaliknya hanya mahu kami memandang ke depan dan memberi tumpuan kepada cabaran akan datang.
“Pada saya, pertemuan hari ini benar-benar memberi kesan positif kepada semua pemain, apatah lagi ketika moral kami dalam keadaan tidak bagus ekoran kegagalan memenuhi sasaran di New Delhi dan dengan beberapa perkara yang berlaku di sana. Saya sangat berterima kasih kepada presiden di atas keprihatinan beliau,’’ kata Siti Zalina.

Peminat sukan tanah air kelmarin dikejutkan dengan pendedahan Siti Zalina bahawa dia menerima ‘gangguan’ daripada kem negara ketika beraksi pada saingan separuh akhir perseorangan wanita hingga menyebabkan konsentrasinya terjejas dan gagal mempertahankan emas. Dia kalah mengejut kepada Natalie Melmore dari England.

Malah, ‘gangguan’ yang dialami di separuh akhir terbawa-bawa hingga ke penentuan gangsa, di mana dia tumpas kepada Kelsey Cottrell dari New Zealand. Boling padang hanya berjaya membawa satu pingat perak dan satu gangsa, kedua-duanya dalam berpasangan wanita dan lelaki.

Tindakan PLBM mengetepikan jurulatih berpengalaman, Aziz Maswadi daripada skuad ke New Delhi sebelum ini turut dipersoalkan pemain, selain berlakunya beberapa perubahan kombinasi pemain pada saat akhir, yang didakwa antara punca kegagalan Malaysia memenuhi sasaran emas.

“Saya dan rakan-rakan bukan mahu mencari alasan di atas kegagalan di New Delhi, sebaliknya hanya menjelaskan apa yang berlaku. Kami menerima hakikat dan mengakui bahawa kami telah gagal dan tidak beraksi baik. Walau apa pun sekali yang berlaku, kegagalan ini akan menjadi iktibar,’’ ujar Siti Zalina lagi.



Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...