Skip to main content

Akaun SUKOM 98 Hanya Akan Ditutup Oktober Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Walaupun England, Australia dan India telah menganjurkan Sukan Komanwel selepas giliran Malaysia pada 1998, akaun penganjur temasya sukan terbesar pernah dianjurkan di negara ini, iaitu Sukom Ninety Eight Berhad (SUKOM 98), hanya akan ditutup secara rasmi pada Oktober tahun depan.

Pengerusi Eksekutif SUKOM 98 Datuk Nik Mahmud Nik Yusuf berkata, syarikat tersebut yang ditubuhkan bagi mengendali Sukan Komanwel di ibu negara pada 1998, telah melantik sebuah syarikat pembubar, Deloitte Kassim Chan, pada awal bulan ini untuk menyelesaikan penutupan akaun itu.

Ketika ditanya kenapa SUKOM 98 memerlukan masa sehingga 13 tahun untuk dibubarkan, Nik Mahmud berkata antara penghalang utama ialah kes tuntutan di mahkamah, akaun yang belum selesai serta masa yang diperlukan untuk mengutip dan menjelaskan hutang.

"Deloitte Kassim Chan bertanggungjawab untuk menutup akaun SUKOM 98, termasuk menyelesaikan semua kes tuntutan di mahkamah," katanya kepada Bernama dalam satu temubual di pejabatnya di Bukit Jalil.

Dalam tempoh 12 bulan yang akan berakhir Oktober tahun depan, Deloitte Kassim Chan perlu menjalankan audit khas bagi menutup akaun itu dan mengadakan mesyuarat agung untuk menggulung SUKOM 98, kata Nik Mahmud yang menamatkan kontrak sebagai Pesuruhjaya Sukan, Khamis lepas, setelah dilantik ke jawatan itu pada 14 April menggantikan Tan Sri Elyas Omar.

Beliau berkata syarikat pembubar itu memerlukan masa selama 12 bulan bagi menggulung akaun SUKOM 98 dan memastikan akaun syarikat adalah cair atau solvent, untuk menyelesaikan segala masalah hutang.

Katanya, selepas mesyuarat agung tersebut, laporan akan dihantar kepada Pendaftar Syarikat (ROC) untuk mendapat kelulusan pembubaran SUKOM 98 mengikut Akta Syarikat.

Nik Mahmud berkata sehingga hujung tahun lepas, terdapat 23 kes tuntutan mahkamah dan 15 penghakiman yang melibatkan SUKOM 98, sama ada tuntutan kepada syarikat tersebut, atau tuntutan SUKOM 98 terhadap pihak lain.

"Kebanyakan kes tuntutan yang melibatkan SUKOM 98 telah diselesaikan melalui penyelesaian di luar mahkamah," katanya.

Beliau berkata kes terakhir tuntutan hutang terhadap SUKOM 98 difailkan oleh UEM Group Bhd, dengan tuntutan sebanyak RM500,000 tetapi syarikat tersebut akhirnya bersetuju menarik balik tuntutan itu pada awal tahun ini.

Akaun SUKOM 98 ketika ditubuhkan berjumlah RM11.6 juta dengan RM11.4 juta merupakan geran daripada kerajaan untuk menganjurkan temasya sukan berprestij itu.

Selain Nik Mahmud sebagai pengerusi eksekutif SUKOM 98, ahli lembaga pengarah yang lain bagi tempoh 2009 sehingga kini ialah presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar, setiausaha kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi, bekas Pesuruhjaya Sukan Tan Sri Elyas Omar dan ketua pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...