|
|
KUALA LUMPUR - Bryan Nickson Lomas mungkin dilihat gandingan terbaik dengan penerjun berpengalaman Yeoh Keen Nee, namun perbezaan fizikal menjadi penghalang setiap kali mereka beraksi.
Mereka meraih pingat gangsa dalam acara papan anjal 3 meter pada Sukan Komanwel, namun Ken Nee berpandangan keserasian antara mereka belum cukup sempurna.
Katanya, mereka mampu melaksanakan rutin bersama-sama, namun kerana perbezaan saiz fizikal, kordinasi sesama sendiri sedikit terganggu.
"Sukan Komanwel lalu merupakan gandingan ketiga kami. Saya harus akui kami masih berusaha untuk mencari keserasian, kerana perbezaan saiz fizikal," katanya.
Ditanya siapa gandingan terbaiknya, pemenang pingat perak Sukan Asia Doha 2006 itu memberitahu, Rossharisham Roslan merupakan pasangan paling serasi.
"Saya serasi dengan Rossharisham, tetapi dia mengalami kecederaan lutut sejak Sukan SEA tahun lalu dan terpaksa berehat," tambah Ken Nee.
Menjelang Sukan Asia Guangzhou, Ken Nee menjelaskan, skuad terjun negara akan mengadakan latihan di Yunan, China bersama atlet negara tersebut.
"Saya tidak akan meningkatkan difficulty menjelang Sukan Asia, sebaliknya mahu memperbaiki entry point.
"Saya juga mahu membaiki keserasian dengan Bryan dan mengharapkan terjunan yang lebih konsisten," katanya.
Oleh Ilah Hafiz Aziz
hafiz.aziz@utusan.com.my
Comments
Post a Comment